AIR MATA IDLIB

AIR MATA IDLIB

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

         الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أللهم صل على سيدنا محمد. أما بعد،

           Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah kurnia dan inayah-Nya kerana masih memberikan kita peluang dan keizinan untuk merasai pelbagai nikmat dan nikmat yang paling terbesar dalam hidup kita iaitu nikmat iman dan nikmat menjadi seorang muslim yang berada di jalan-Nya yang benar.

           Posting kali ini membicarakan tentang 'Air Mata Idlib'. Sepertimana yang sedia maklum kejadian serangan yang berlaku di Idlib, utara Syria baru-baru ini telah membuka mata dan hati umat Islam sedunia akan kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Assad dan Russia dengan serangan yang menggunakan senjata kimia iaitu gas sarin.

Gas sarin yang digunakan di dalam serangan ini mempunyai fungsi yang sama dengan racun perosak. Gas sarin adalah lebih berbahaya dari Hydrogen Cyanide dimana mangsa tidak akan menyedari gas sarin ini kerana ianya tidak mempunyai bau, warna dan rasa.

Mangsa gas sarin akan mengalami kegagalan otot dan organ untuk berfungsi di mana paru-paru tidak dapat menjalankan tugas untuk menghirup oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Pandangan mangsa akan menjadi kabur, hidung berair dan sebagainya. Jelas menunjukkan mangsa gas sarin ini menghadapi kematian yang amat menyeksakan dalam tempoh 1 sehingga 10 minit !!!

 Lembaga pemantau hak asasi manusia di Syria, Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), menceritakan, serangan kimia dalam perang saudara yang berlaku dalam 6 tahun itu telah mengorbankan ramai mangsa.

 Menurutnya lagi, serangan ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 58 orang termasuk 11 orang kanak-kanak dan 160 orang cedera. Kesan daripada serangan ini menyebabkan ramai saudara seakidah dengan kita telah terkorban dengan kejam. Justeru, dimanakah kita sebagai seorang saudara muslim dalam membantu dan membela mereka yang ditindas ?

Tepuk dada tanya iman !

 Rasulullah Saw bersabda: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang perihal saudara islam yang lain, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka." (Riwayat Muslim)

 Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menyuarakan solidariti serta bermunajat kepada Allah atas kekejaman yang berlaku kepada saudara kita yang semakin meruncing ini malahan perlu mengadakan kempen mengutuk terhadap kekejaman ini.

Kita tidak akan mampu untuk terjun ke medan perang jika dipanggil, sekurang-kurangnya bantulah mereka dengan mengirimkan doa yang ikhlas kepada Rabb sekalian alam sebagai penolong kepada mereka kerana doa adalah sebagai senjata orang beriman sepertimana yang disebut oleh Nabi S.A.W. Semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T sebagai pemberat timbangan kebaikan kita di akhirat kelak. Wallahua'lam

Mohamad Hamizan bin Che Sab
Ketua Lajnah Pendidikan BKPPPM sesi 2016/2017

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL