KENYATAAN YDP BKAN : KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI


KENYATAAN YDP BKAN : KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI 22 Mac 2017 - Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) merupakan wadah kesatuan pelajar Malaysia di Mesir yang menyediakan platform dalam membincangkan perihal permasalahan-permasalahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa. Antaranya adalah berkenaan pendidikan, kebajikan, dan keselamatan. Pada Ahad 19 Mac 2017 yang lalu, telah diadakan pertemuan berkala barisan Yang di-Pertua BKAN yang bertempat di perpustakaan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Ustaz Abdul Wafi Bin Alias. Antara perbincangan yang diutarakan adalah berkenaan kesatuan mahasiswa di Mesir. Oleh itu, seluruh Yang di-Pertua BKAN sebulat suara bersepakat untuk menganjurkan sebuah perhimpunan mega mahasiswa Malaysia di Mesir dengan nama Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri. Kongres ini dianjurkan bagi mendapatkan suara ahli berkaitan permasalahan yang berlaku di peringkat BKAN masing-masing. Selain itu, sidang mesyuarat juga telah membincangkan bagi pemilihan jawatankuasa Koordinator Majlis Gabungan Anak Negeri bagi sesi yang baru setelah segenap setahun perjalanan jawatankuasa tersebut. Bagi memastikan program tersebut berjalan lancar, sidang mesyuarat telah bersepakat untuk melantik pengarah dan timbalan pengarah dalam kalangan Jawatankuasa Koordinator Majlis Gabungan BKAN iaitu Ustaz Muhammad Hilmi Bin Hussin Shokri dan Ustazah Norliyana Binti Mohd Akhir. Perjalanan program ini akan dipantau dari semasa ke semasa oleh barisan Yang di-Pertua BKAN sendiri. Semoga hasrat kesatuan yang ingin dicapai ini dapat memebuahkan semangat kebersamaan mahasiswa/wi Islam dalam mendepani segala ujian dan mehnah dengan sebaiknya. 'Muafakat Asas Kejayaan' 'Memurnikan Pemikiran Meribat Kebersamaan' #KITAPMRAM #BersamaBersatu #BersatuBerbakti

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL