PENYAKIT HATI DI AKHIR ZAMAN

Hari kiamat merupakan rukun iman kelima yang mana pasti akan terjadi dan wajib dipercayai oleh kita sebagai umat islam. Akan tetapi, tidak ada satu makhluk pun yang mengetahui bila peristiwa ini berlaku. Namun, Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada kita tentang tanda-tanda kedatangannya melalui utusanNya. Salah satu daripadanya mengenai dua penyakit akhir zaman yang mana menimpa umat Islam pada masa kini. Penyakit ini lebih berbahaya dari penyakit lain kerana penyakit ini akan membawa penderitaan kepada kita di dunia mahupun akhirat. Dalam sebuah hadis, dari Tsauban r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bahawa “Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?” Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika...