DIMANAKAH ALEPPO DI HATI KITA??



     Mutakhir ini, kita sering mendengar atau membaca berita tentang isu rakyat sunni Syria di Aleppo melalui dada akhbar serta media massa. Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat muslim khususnya, juga pada peringkat global umumnya. Pelbagai pihak telah mengambil cakna berkenaan isu rakyat sunni Syria khususnya di Aleppo yang semakin serius.

     Seperti dalil daripada hadis Rasulullah S.A.W  "المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا" bermaksud: "Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin lainnya seperti satu bangunan yang saling menguatkan satu sama lain." Oleh itu, marilah kita mengenali sedikit latar belakang bandar Aleppo. 

     Aleppo adalah kota kedua terbesar di Syria selepas Damascus (Damsyik/Dimashq). Penduduk di Aleppo adalah sekitar 3.5 juta dan semakin berkurangan semenjak krisis Syria bermula Mac 2011. Aleppo juga merupakan kota ketiga utama ketika zaman Khilafah Uthmaniyyah selepas Kota Konstantinople dan Cairo. Manakala saat ini lebih 300,000 penduduk Aleppo diancam sekatan makanan, bumi mereka dibom siang dan malam serta melibatkan kematian yang ramai apabila mereka terkepung dari tiga arah iaitu Tentera Regim Bashar dibantu Rusia dari selatan, ISIS dari timur dan pejuang Kurdis dari arah barat. Selain itu, kita boleh melihat saat yang paling menyedihkan apabila mereka merakamkan video dan menyatakan bahawasanya ini adalah saat terakhir bagi mereka. Persoalannya, mampukah kita membiarkan mereka menanggung derita tanpa secalit rasa dan doa buat mereka ? Mengapa kita perlu peduli tentang Syria & Aleppo? 

*Syria merupakan bumi Para Nabi dan menjadi sebahagian bumi Sham. 
*Rakyat yang dizalimi kebanyakannya adalah umat Islam sunni seakhidah dengan kita dan yang menzalimi mereka adalah puak-puak kafir. 
*Pada hari perhitungan, setiap dari kita akan dipersoal oleh Allah swt tentang apa yang kita lakukan terhadap saudara seislam kita di sana. Justeru itu, apa sebenarnya yang harus kita lakukan untuk membantu isu Syria? Berikut antara langkah praktikal yang boleh kita lakukan.

●Ambil tahu – Ambil tahu tentang isu Syria melalui sumber-sumber yang sahih dan tepat. 
●Sebarkan – Sebarkan kepada rakan dan keluarga tentang isu Syria melalui Whatsapp, Telegram dan medium-medium yang lain. 
●Cari Ruang – Hubungi NGO-NGO yang terlibat dalam misi Selamatkan Syria untuk mendapatkan maklumat. 
●Sumbangan – Sumbangkan sedikit rezeki anda untuk membantu rakyat Syria di Aleppo.
●Doa – Selitkan doa sebanyak mungkin kepada saudara seislam kita di Syria terutama Qunut Nazilah pada setiap solat waktu. Semoga usaha yang kita lakukan akan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT dan ianya menjadi saham yang berterusan dunia dan akhirat. Diharapkan dengan sekalung doa yang kita panjatkan kepada Ilahi dapat melindungi kita daripada dipersoalkan di akhirat kelak.



"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

#BKPPPM
#Bersamabersatu

Disediakan Oleh: Lajnah Penerangan & Penerbitan BKPPPM 16/17

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL