WARNA WARNI BAZARIA MUTIARA '16 BKPPPM





BAZARIA MUTIARA ’16 : “OUR ECONOMY, OUR UNITY” RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIE’ – 3, 4, 5 & 6 APRIL 2016 : Belum sempat menghilangkan lelah selepas bersama-sama menjayakan Hari Keluarga (WARRIOR 16), seluruh ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) bersatu tenaga menyiapkan persiapan sempena BAZARIA MUTIARA ’16 yang bermula pada 3 April 2016 sehingga 6 April 2016 yang bertemakan “Our Economy, Our Unity” telah dikelolakan oleh saudara Mohamad A’fif Bin Mohd Azmi (Pengarah), saudari Malyanah Sakinah Binti Mohd Shukri (Timbalan Pengarah) dan semua ahli jawatan kuasa pelaksana yang turut bertungkus lumus menjayakan program ini.



 Bazar yang berlangsung selama empat hari itu menampakkan kemeriahan sesuai dengan konsep “Hotel Servis” pada tahun ini dan tidak dilupakan kehadiran para pengunjung yang tidak putus-putus dari waktu bermulanya urusniaga sehingga ke malam. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang mewarnai BAZARIA MUTIARA ’16 pada kali ini. Antaranya nasi kandar, laksa penang, char kuey teow, pasembor dan banyak lagi. Keterlibatan taakhi BKPPPM dari Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) turut menjadi keistimewaan BAZARIA MUTIARA ’16 pada kali ini apabila menu dari Pantai Timur turut menjadi pilihan pengunjung seperti nasi kerabu dan lain-lain. 




Gerai air Abang Tanjung tidak menang tangan dalam menyediakan pelbagai jenis minuman seperti Ice Blended, Laici Kang, Cendol, Air Soya dan banyak lagi. BAZARIA MUTIARA ’16 melabuhkan tirai pada jam 10.00 malam bersamaan 6 April 2016. Gotong-royong dan kemaskini terus dijalankan seusai tamatnya program mega tersebut. Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih ditujukan kepada seluruh ahli BKPPPM dan tidak dilupakan juga kepada pihak luar yang turut membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Jazakumullahu Khairan Jaza’

 “ Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan “
 “ Ribat Ukhuwah, Teguh Wehdah “
 #BazariaMutiara’16

 Disediakan oleh : Setiausaha Bazaria Mutiara 2016







Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL