SEJARAH 3 MAC 1924 : KEJATUHAN TURKI UTHMANIAH
RINGKASAN SEJARAH
KEJATUHAN TURKI UTHMANIAH
PENDAHULUAN
Sebelum Khilafah umat Islam bertukar kepada Khilafah Uthmaniyah, umat Islam berada dibawah tampuk pemerintahan Khilafah Abbasiyah. Kekhalifahan Abbasiyah adalah kekhalifahan kedua Islam yang berkuasa di Baghdad (sekarang ibu kota Iraq).
Kekhalifahan ini berkembang pesat dan menjadikan dunia Islam sebagai pusat pengetahuan dengan menerjemahkan dan melanjutkan tradisi keilmuan Yunani dan Parsi. Kekhalifahan ini berkuasa setelah merebutnya dari Bani Umayyah dan menundukan semua wilayahnya kecuali Andalusia.
Berkuasa mulai tahun 750 dan memindahkan ibukota dari Damaskus ke Baghdad. Berkembang selama dua abad, tetapi berada diambang kemusnahan apabila beberapa faktor penting yang menyumbang kepada kejatuhan khilafah Abbasiyah.
Antara faktor kejatuhan Khilafah Abbasiyah adalah disebabkan serangan tentera Tartar yang melumpuhkan pemerintahan Khilafah Abbasiyah di Baghdad. Disebut oleh para ulama’, antara sebab penting kejatuhan Khilafah Abbasiyah juga adalah disebabkan umat Islam pada ketika itu diserang dengan pengaruh hiburan yang melampau yang diserap masuk oleh pihak musuh.
Disebut oleh Ibnu Kathir di dalam kitab beliau “Bidayah wan Nihayah”, umat Islam diakhir pemerintahan Abbasiyah begitu teruk diserang dengan hiburan yang melampau.
Sehinggakan suatu ketika sambutan hari raya, mereka lupa untuk menunaikan solat hari raya kerana terlalu lalai dengan sambutan hari raya tersebut. Itu diantara yang disebut oleh Ibnu Kathir yang menyebabkan kejatuhan Khilafah Abbasiyah.
Sehinggakan pada tahun 565 H/1258 M, tentera Tartar yang mempunyai kekuatan sekitar 200 ribu orang tiba di salah satu pintu Baghdad. Dan Khilafah Abbasiyah jatuh ditangan tentera Tartar kerana mereka tidak mampu untuk membendung kemaraan tentera Tartar.
PEMBINAAN KHILAFAH UTHMANIYAH
Kerajaan Turki Uthmaniah mula dibina selepas kejatuhan Khilafah Abbasiah pada 1260 M. Banyak yang dicatatkan di dalam sejarah berkenaan kegemilangan Khilafah Uthmaniyah
Antaranya ialah ketika tahun 1453M, iaitu ketika Sultan Muhammad al-Fateh berjaya membebaskan kota Konstantinople setelah hampir beratus-ratus tahun Umat Islam tidak berjaya membebaskan kota tersebut. Ketika itulah disebut sebagai zaman kemuncak Khalifah Turki Uthmaniyah sehinggalah berlaku beberapa perkara yang menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniyah.
PERANCANGAN MUSUH UNTUK GULINGKAN KHILAFAH UTHMANIYAH
Kerajaan Islam sering berhadapan dengan serangan-serangan, terumanya serangan daripada tentera Salib. Akhirnya, setelah 730 tahun berlalu, akhirnya tentera Salib menemui jalan buntu.
Apa yang tidak boleh dilupakan oleh mereka ialah pengalaman pahit dan ngeri semasa berdepan dengan tentera Solehuddin al Ayyubi, terutamanya peristiwa kekalahan teruk mereka dalam perang Hittin sehingga Palestin berjaya ditawan kembali oleh Solehuddin al Ayyubi pada tahun 583 Hijrah. Bagaimanakah negara negara bersekutu Salibiyyah mengakhiri episode ini? Adakah dendam kesumat mereka selama ini berbalas? Apakah kaedah terbaru Freemasonry untuk menghancurkan Islam?
- Antara rancangan mereka untuk menggulingkan Khilafah Uthmaniyah antaranya ialah Freemasonry telah menubuhkan PemudaTurki pada tahun 1860 M, yang berfungsi kononnya membawa kebebasan kepada pemerintahan berdemokrasi, yang bertujuan mengurangkan kuasa khalifah.
- Mewujudkan Dewan Menteri, pada zaman Khalifah Abd Majid I yang kebanyakannya dianggotai oleh Freemasonry bagi menjadikan khalifah itu hanya pada jawatan semata-mata, bukan pada kuasa dan fungsi
- Menyebarkan agenda pembaratan Turki sehinggakan agenda ini turut mendapat sokongan daripada Khalifah Abd Aziz, yang akhirnya digulingkan oleh Freemasonry sendiri dan kemudiannya dibunuh oleh mereka.
- Penubuhan Ittihad wat Taraqqi yang memainkan peranan penting dalam mencetuskan pemberontakan tentera pada bulan Julai 1908M, bagi menimbulkan huru hara di peringkat pemerintahan seterusnya menyebabkan Khalifah Abd Hamid II digulingkan.
- Pelantikan Kamal Attartuk sebagai Panglima Tentera yang telah dijadikan sebagai peluang bagi Freemasonry untuk menggulingkan Sultan Muhammad ke Enam. Kamal Attartuk berjaya meraih pengaruh daripada umat Islam sendiri sehinggakan mereka melupakan peranan khalifah.
- Merancang sebuah peperangan antara Kamal Attartuk dan Tentera Yunani yang diakhiri dengan kemenangan Attartuk. Akhirnya beliau dilihat sebagai hero, dan pengaruhnya banyak dibantu oleh media massa Freemasonry sendiri
- Pada 28 Oktober 1922M, telah diadakan Muktamar Luzan yang diakhiri dengan satu keputusan oleh Majlis Kebangsaan Turki,supaya Sultan Muhammad ke Enam dipecat daripada jawatan Sultan dan sistem khalifah dimansuhkan.
- 3 Mac 1924, secara rasminya, Kamal Attartuk mengumumkan penghapusan sistem khilafah, mahkamah syariah ditutup, pengasingan sistem pemerintahan dan sebagainya.
KESIMPULAN
Kesedaran umat Islam yang kurang menyebabkan pemerintahan Islam dapat digulingkan oleh pihak musuh. Antaranya
- Umat Islam mudah tertipu dengan tipu helah ketika isu penggulingan Sultan Abdul Aziz yang diputarbelitkan oleh media ketika itu.
- Umat Islam terpengaruh dengan agenda Freemasonry untuk menaikkan Kamal Attartuk sebagai hero dan tidak menghiraukan khalifah.
- Umat Islam sibuk mempertikaikan khalifah kerana tidak melaksanakan keinginan mereka.
- Umat Islam terpedaya dengan agenda pembaharuan dan pemodenan Turki, yang dirancang oleh Pemuda Turki.
- Umat Islam juga terpedaya dengan agenda bebas bersuara yang melampau, berdemokrasi dalam pemerintahan secara bebas dan sebagainya, sehinggakan sistem khilafah itu dilihat sebagai satu sistem yang ketinggalan zaman.
- Dan banyak lagi.
Persidangan yang diadakan di Paris dan dihadiri oleh President Amerika Syarikat : Wilson, Perdana Menteri Britain : Louid George dan Perdana Menteri Perancis: Clement Sou yang mana keputusan kedua mereka ialah Khilafah Islamiyah hanya boleh dimusnahkan dengan menggunakan :
- Rakyat Turki sendiri yang telah dilatih sebagai anggota Freemasonry,
- Sangat bencikan Islam dan khalifah Islamiyah
- Berpotensi tingi untuk diangkat sebagai pemimpin
Hasil tulisan,
Ahmad Ulwan Bin Hassim
Ahmad Ulwan Bin Hassim
Disediakan oleh,
Unit Penerbitan & Penerangan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 15'16
Comments