JEJAK SINAI ‘16 -“Jejak ditelusuri, Sirah diteladani”


LAPORAN JEJAK SINAI ‘16

MAC 2016 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan satu jaulah pada 17 hingga 19 Mac 2016. Jaulah ini diberi nama Jejak Sinai ’16 dengan bertemakan “Jejak ditelusuri, Sirah diteladani”. Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli akhawat BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu.

Jejak Sinai ’16 telah disertai oleh 37 orang akhawat BKPPPM, 3 orang akhawat BKAN taakhi KPKM serta seorang daripada Mansurah dan diiringi 5 orang musyrif dan 1 pasangan mutazawwijin.
Jejak Sinai ’16 bermula pada 2.00 pagi pada 17 Mac 2016. Doa menaiki kenderaan telah dibaca oleh Ustaz Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini. Sekitar 4.30 pagi, rombongan singgah di Noktah Hasanah untuk menunaikan solat subuh. Selepas menunaikan solat subuh, kami bergerak memasuki Semenanjung Sinai dengan memasuki Terowong Ahmad Hamdi bagi melintasi Terusan Suez. Terowong ini dibina bagi menyambung Mesir yang terpisah kepada dua benua iaitu Benua Afrika dan Benua Asia Barat. Dibina pada tahun 1981 setelah Mesir Berjaya menguasai semula Semenanjung Sinai daripada Israel.
Kesemua peserta berasa teruja apabila melalui terowong yang berada di bawah dasar laut Terusan Suez. Panjang keseluruhan Terusan Suez adalah 163 KM, manakala lebar terusan ini adalah diantara 120 ke 200 meter.



Destinasi pertama yang dituju adalah Kubu Barliev yang merupakan tapak peninggalan kubu Israel yang menjajah Sinai pada tahun 1967. Israel telah Berjaya menawan Semenanjung Sinai dalam Perang 6 Hari. Kubu Barliev ini merupakan kubu terakhir yang Berjaya ditawan oleh tentera Mesir setelah teknik serangan diubah apabila Syeikh Al-Azhar pada ketika itu Syeikh Abdul Halim Mahmud mendapat ilham daripada Allah SWT. Tentera Mesir yang dipimpin oleh Anwar Sadat pada waktu itu diarahkan untuk menyembur air ke kawasan kubu sehingga tersingkap kubu yang berada di bawahnya.

Seterusnya, Jejak Sinai ’16 ke destinasi kedua iaitu ‘Uyun Musa terletak kira-kira 500 meter dari Kubu Barliev. Peserta diberitahu terdapat 12 telaga menggambarkan 12 kaum daripada Bani Israel.
Perjalanan diteruskan  ke destinasi yang ketiga iaitu makam Nabi Soleh AS, Nabi Harun AS dan bukit batu lembu samiri yang mengambil masa kira-kira 30 ke 45 minit. Setelah bertawasul dan mengambil gambar di kawasan sekitar, peserta dibawa ke hotel Muqaddas untuk makan, solat jama’ dan berehat untuk persediaan mendaki Jabal Thursina pada pagi esoknya.





Tepat pukul 12 malam, para peserta berkumpul dilobi hotel untuk menaiki bas  untuk ke kaki Jabal Thursina. Setelah semua peserta bersedia dengan peralatan untuk mendaki, bas bergerak ke Jabal Musa yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan.

Setelah mendengar taklimat yang diberikan oleh Ustaz Faqrurozi bin Abdullah, semua peserta melakukan senaman ringan mengikut kumpulan sebelum memulakan pendakian. Pendakian bermula kira-kira 1.00 pagi. Pendakian ini mencabar fizikal dan mental peserta memandangkan cuaca yang sejuk dan bulan gelap. Peserta menggunakan lampu suluh bagi mendaki bukit dengan selamat kerana keadaan track yang gelap dan berbatu. Sewaktu pendakian, peserta berhenti rehat seketika di check point- check point yang terdapat di sepanjang laluan pendakian untuk menghilangkan kepenatan sebelum meneruskan perjalanan.

Sekitar 4.30 pagi, semua peseta telah sampai ke check point kedua terakhir untuk berehat dan solat subuh. Setelah selesai, peserta meneruskan pendakian ke puncak Jabal Musa dan selamat tiba kira-kira 6.00 pagi. Selepas menyaksikan matahari terbit, para peserta mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai di puncak Jabal Musa. Sedikit penerangan diberikan berkaitan lubang yang merupakan tempat Nabi Musa AS bermunajat kepada Allah SWT.





Selesai bergambar di atas puncak, peserta mula menuruni Jabal Musa dengan melalui perkampungan Nabi Ilyas. Laluan ini tidak menggunakan track sewaktu mendaki. Laluan curam dan bertangga. Hampir 2 jam lebih menuruni Jabal Musa AS, kesemua peseta selamat tiba pada jam 10.00 pagi dan bertolak balik ke tempat penginapan. Setelah makan tengahari, semua peseta bersiap sedia untuk bertolak ke Dahab. Setelah 2 hingga 3 jam perjalanan, akhirnya semua peserta telah sampai ke Hotel Octopus yang berada di Dahab. Setelah check-in, peserta melakukan aktiviti bebas iaitu membeli belah dan bersiar-siar di kawasan sekitar.

Pada sebelah malamnya pula, diadakan aktiviti barbeku ayam dan sosej beramai-ramai di perkarangan hotel. Pada keesokkan harinya, peserta telah melakukan aktiviti menaiki glass boat dan ATV. Usai makan tengahari dan solat jama’ taqdim, peserta bersiap sedia untuk berangkat pulang ke Kaherah. Lebih kurang 11.00 malam, peserta Jejak Sinai selamat tiba dihadapan Asrama pelajar Pulau Pinang.


Semoga aktiviti yang bermanfaat seperti program ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Untuk para peserta yang menyertai Jejak Sinai ’16 ini, diharap segala sirah dan pengalaman yang diperolehi dapat dijadikan pedoman bagi menghadapi hari yang mendatang.


"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
"RIBAT UKHUWAH TEGUH WEHDAH"

Sekian, wassallam.

Disediakan oleh:
NURUL AIN BT MOHAMAD ISA

Timbalan Pengarah Jejak Sinai ‘16

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL