JEJAK SINAI ‘16 -“Jejak ditelusuri, Sirah diteladani”

LAPORAN JEJAK SINAI ‘16 MAC 2016 : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang mesir di bawah Unit Sambutan dan Rehlah telah menganjurkan satu jaulah pada 17 hingga 19 Mac 2016. Jaulah ini diberi nama Jejak Sinai ’16 dengan bertemakan “Jejak ditelusuri, Sirah diteladani”. Jaulah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli akhawat BKPPPM dan juga mengambil ibrah daripada sirah-sirah terdahulu. Jejak Sinai ’16 telah disertai oleh 37 orang akhawat BKPPPM, 3 orang akhawat BKAN taakhi KPKM serta seorang daripada Mansurah dan diiringi 5 orang musyrif dan 1 pasangan mutazawwijin. Jejak Sinai ’16 bermula pada 2.00 pagi pada 17 Mac 2016. Doa menaiki kenderaan telah dibaca oleh Ustaz Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini. Sekitar 4.30 pagi, rombongan singgah di Noktah Hasanah untuk menunaikan solat subuh. Selepas menunaikan solat subuh, kami bergerak memasuki Semenanjung Sinai dengan memasuki Terowong Ahmad Hamdi bagi melintasi Terusan Suez. Terowong ini dibina bagi menyambung Mesir ya...