TAZKIRAH PERDANA




Khamis , 4 Disember 2015 : Kedatangan tetamu daripada Malaysia Ustaz Abd Ghani Bin Hj Omar
Mantan Setiausaha BKPPPM, Mantan Badan Pengurus PMRAM dan Mantan Timbalan Presiden PMRAM telah datang ke Perlembahan Nil baru-baru ini. Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir telah mengambil peluang keemasan yang ada dengan menjemput beliau untuk datang memberi tazkirah di Rumah Pulau Pinang Hayyu Sabie pada Hari Khamis 4 Disember 2015.

Diantara isi tazkirah yang diberikan kepada ahli yang datang adalah kepentingan kita dalam mengutamakan ilmu dan dalam masa yang sama tidak meninggalkan hal - hal kepimpinan. Banyak perkara yang dinasihatkan oleh beliau diantaranya adalah wasiat Syeikh Fathi Yakan dan sedikit pengalaman beliau dalam mengemudi bahtera kepimpinan di Mesir ini. Terdapat banyak masalah pengkaderan ilmuan islam di Pulau Pinang yang diceritakan oleh beliau ini menjadikan suntikan semangat kepada ahli untuk menjadi yang terbaik dan dapat berbakti apabila pulang ke tanah air.



Disediakan oleh : Unit Penerangan & Penerbitan BKPPPM 15/16

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL