LAPORAN JAULAH SEKITAR KAHERAH



KAHERAH -26 Disember 2015 , ‘Jaulah Kaherah’ merupakan salah satu aktiviti anjuran Unit Sambutan dan Rehlah (USR) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) 15/16 yang telah berlangsung pada 15 Rabiul Awal bersamaan 26 Disember 2015. Salah satu objektif utama jaulah ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejerah di sekitar Kaherah. Jaulah tersebut telah disertai seramai 13 peserta ikhwah dan 2 orang musyrif, Muhamad Iman Bin Fadzil dan Azri Asyraf Bin Ismail sebagai pngiring dan pengisi lawatan tersebut.

Bermula pada jam 7.00 pagi dengan pengumpulan para peserta di hadapan bangunan asrama pelajar Pulau Pinang, Mesir. Selepas itu diikuti dengan sesi bergambar,taklimat ringkas daripada musyrif dan bacaan doa sebelum bertolak.

Perjalanan bermula dari asrama pelajar Pulau Pinang dan tiba di tempat lawatan pertama iaitu di Maqam Anwar Sadat. Anwar Sadat merupakan Presiden  pertama Mesir yang mati ditembak ketika perbarisan ketenteraan oleh pegawai tentera yang yang menentang perjanjiannya dengan Israel. Setelah selesai penerangan para peserta mengambil kesempatan untuk bergambar.

Setelah itu, perjalanan diteruskan ke Piramid di Giza. Piramid merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Firaun mengarahkan bangsanya membangunkan piramid sebagai makam atau rumah keabadiannya. Di sana peserta meluangkan masa dengan mngambil gambar bersama rakan -rakan dan pelancong-pelancong yang sama berkunjung ke sana.

Destinasi seterusnya diteruskan dengan melawati Masjid Amru al-‘Asr. Masjid tersebut merupakan masjid yang pertama didirikan di kawasan benua Afrika. Khalifah Umar al-Khattab telah memberi tanggungjawab kepada Saidina Amru al-‘Asr untuk membina masjid apabila berjaya membuka kota Mesir. Setibanya di sana, kesemua peserta rombongan menunaikan solat  dan makan tengahari.

Tempat terakhir yang dikunjungi ialah Sungai Nil. Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia, ia mengalir dan membelah sembilan negara. Orang Mesir yang tinggal di sekitar Singai Nil menyebutnya sebagai “sungai kehidupan” kerana telah berperanan penting dalam kehidupan dan peradaban Mesir. Ini membuatkan kita berfikir betapa agungnya ciptaan Allah. Di sana para peserta dibawa bersiar-siar menaiki bot sambil menikmati pemandangan sekitar Sungai Nil. Seterusnya, selepas semua selesai menunaikan solat fardhu Maghrib rombongan bertolak pulang pada jam 5.45 petang dan tiba di asrama Pulau Pinang pada jam 6.30 petang.

Kesemua peserta mngukirkan wajah yang ceria walaupun penat berjalan. Semoga setiap jalinan persaudaraan yang telah tejalin terus berkekalan dan pihak penganjur berharap agar matlamat jaulah tercapai sekaligus para peserta dapat menambah thaqafah dan menghayati keagungan ciptaan Ilahi.




Disediakan oleh
Unit Sambutan & Rehlah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2015\16

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL