JOM KENALI KITAB !!!



Kitab Sunan Tirmizi juga dikenali sebagai Al-Jami’ Al-Shahih , Shahih Tirmizi, Al-Jami’ Al-Kabir, dan Al-Jami’ Al-Mukhtasar min Al-Sunan ‘an Rasulillah ialah salah satu daripada enam kitab hadis yang dikenali sebagai kutub sittah. Daripada nama-nama yang berbeza ini menunjukkan bahawa kitab ini disusun berdasarkan bab-bab fiqh. Sebanyak 3965 buah hadis yang dimuatkan ke dalam kitab ini dengan berbagai bidang keagamaan.


Biodata pengarang kitab Sunan Tirmizi

· Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa Adh Dhahak At Tirmizi
· Dilahirkan di kota Turmudz sebuah kota kecil di pinggir utara sungai Amuderiya, sebelah utara Iran. 
· Dilahirkan pada bulan Zulhijjah tahun 209 hijrah dan wafat pada hari Isnin 13 Rejab tahun 279 hijrah ( 70 tahun )
· Imam Tirmizi mula mempelajari hadis ketika umur 10 tahun. Beliau mula merantau pada umur 25 tahun dan sehingga mencecah 20 tahun lamanya.
· Antara kitab-kitab yang dikarang oleh Imam Tirmizi ialah I’lalul hadis, At Tarikh, Syamail Muhammadiyah, Az Zuhd, Al-asma’ wal kuna dan bermacam-macam lagi.

Imam Tirmizi menyusun kitab sunan beliau dengan begitu teliti dan sistematik sekali. 

Pertama – ia merangkumi hadis-hadis yang mencakupi berbagai bidang keagamaan
Kedua – menjadikan judul bab dan meletakkan satu, dua atau tiga hadis
Ketiga – menunjukkan adanya hadis yang diriwayatkan oleh sahabat lain.
Keempat – menunjukkan kualiti hadis dan ada kalanya menjelaskan kualiti perawinya dengan istilah-istilah baru seperti shahih, hasan, hasan shahih, shahih gharib, hasan lighairih, dan hasan lidzatih.
Kelima – menerangkan makna hadis dan pendapat-pendapat hukum ulama’.

Ibnu Al-Athir berkata : Sunan Tirmizi merupkan kitab yang terbaik, memiliki manfaat yang paling banyak, aturannya terbaik dengan perulangan yang paling kurang. Ia mengandungi apa yang tiada pada kitab-kitab lain seperti penyataan pendapat mazhab berlainan, sudut-sudut penghujahan, dan menerangkan kedudukan hadis sama ada Shahih, Gharib, atau Dha’if dan juga catatan yang baik atau buruk berkaitan perawi.

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#satu_fikrah_satu_amal

Disediakan Oleh : Biro & Unit Pendidikan BKPPPM 2014/15





Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL