MUFTI’14 (Mufakkir Of Islam)

OGOSBiro dan Unit Pendidikan-Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) telah menganjurkan program Minggu Thaqafah yang diberi nama“MUFTI’14(Mufakkir Of Islam)”. Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman yang jelas berkenaan Fiqh Mua’sarah yang timbul, melahirkan modal insan yang cemerlang dunia & akhirat, serta mengukuhkan hubungan yang terjalin bersama ahli BKPPPM. Maka dengan ini selaras dengan tema yang kami bawakan pada kali ini “THE POWER OF KNOWLEDGE, FOR A BETTER UMMAH”. Program ini berlangsung selama 3 hari bermula 19-21 Ogos 2014. Pada hari yang pertama, majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tim. Presiden Ustaz Muhammad Syazwan Bin Hamzah dan diteruskan dengan pengisian yang menarik diantaranya forum: “TEGAS(Tegakkan Syariat Islam)” yang menampilkan dua orang ahli panel Ustaz Mohamad Naqib Bin Bakhudin serta Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail, seterusnya disebelah petang pula diadakan game Roda Mufakkir untuk semua ahli ikhwah dan akhawat, dan disebelah malam pula pembentangan: “Siapa Pewaris Hartamu?” Yang dibentangkan oleh Ustaz Mohd Syafiq Bin Sahimi. Manakala pada hari yang kedua majlis dimulakan dengan slot pembentangan: “Ekonomi Islam” yang dibentangkan oleh Dr Ilman Bin Abd Razak, seterusnya disebelah petang pula slot debat yang menampilkan pendebat dari ahli bkpppm sendiri, dan disebelah malam pula slot pembentangan:” Fiqh Panduan Kehidupan” yang lebih menekankan berkenaan Fiqh Waqiq dan Fiqh Muwazanat yang dibentangkan oleh Ustaz Munim Bin Abd Sukor. Seterusnya pada hari yang terakhir, majlis bermula dengan slot talk show: “Menyambut  Si Comel” oleh pasangan suami isteri Ustaz Rafzan Bin Razak serta Ustazah Fatimah Salwani Binti Abdullah, seterusnya disebelah petang pula slot praktikal: “KEJAR” (Kecemasan Diluar Jangkaan) yang dijemput khas dari Medical Team Perubatan Cawangan Azhar, dan slot disebelah malam pula Muhadarah Ilmiah: “Semanis Kurma” yang menampilkan dua orang pengisi Ustazah Fauziah Binti A.Rahman  serta Ustazah Dayang Siti Noraini Binti Awang Damek,  seterusnya majlis diteruskan pula dengan acara penutup dengan penyampai hadiah serta tayangan video. Alhamdulillah program kali ini mendapat sambutan serta komitmen yang baik oleh semua ahli BKPPPM.  

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL