Antara Sunah Rasulullah Di Bulan Syawal (Tazkirah Syawal)
Allah telah memberkati kamu dengan dua hari yang lebih baik
iaitu Aidul Fitri dan Aidul Adha. Kedua hari ini adalah untuk makan-makan dan
minum-minum,bergembira bersama dan mengingati Allah.
Ramadhan berlalu sudah, Syawal pula menjelang tiba sebagai tanda
berakhirnya ibadat puasa yang merupakan rukun Islam yang ke empat. Moga setiap
amalan yang dikerjakan di bulan Ramadhan berterusan dilaksanakan sehingga
bertemu yang seterusnya,insyaAllah.
Syawal merupakan bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam
setelah berjaya menahan nafsu amarah, dari lapar,dahaga serta mengawal anggota
badan daripada melakukan perkara yang dilarang.
Namun tidak bermakna berakhirnya Ramadhan di situlah juga
penamat kepada segala amalan yang dilakukan bahkan seharusnya ia menjadi pemangkin
diri bagi setiap individu muslim untuk terus berada dalam nikmat ketenangan
yang telah dirasai semasa Ramadhan dengan meneruskan dan meningkatkan lagi amal
ibadat.
-Antara penerusan amalan yang boleh dilaksanakan di bulan
Syawal ini adalah puasa Enam, sabda Rasulullah s.a.w :
“Jika seseorang berpuasa semasa Ramadhan kemudian
mengikuti dengan enam hari Syawal,ia adalah seperti berpuasa sepanjang tahun.”
(RIwayat Muslim).
Oleh itu marilah kita bersama-sama usahakan untuk
melaksanakan puasa enam ini di sepanjang bulan Syawal. Selain itu, Syawal juga
merupakan peluang untuk umat Islam berkumpul dan merapatkan lagi hubungan
silaturrahim serta bermaaf-maafan sesama kita.
"Kamu akan melihat orang-orang yang beriman saling
berkasih sayang, saling mencintai, saling mengasihi yaitu bagaikan satu tubuh.
Apabila satu anggota saja sakit, maka tertariklah bagian anggota yang lain ikut
sakit dengan tidak dapat tidur dan badan panas" (HR. Bukhari Muslim).
Walaupun hari raya merupakan masa untuk kita bergembira
namun kita perlu mengingati mereka yang
kurang bernasib baik berbanding diri
kita;mereka yang fakir, miskin dan juga saudara kita di Palestin, Sudan,
Kemboja dan di mana jua. Moga ia dapat menambah lagi rasa bersyukur kita serta
menggerakkan hati dan anggota untuk bersama-sama membantu mereka yang di dalam
kesusahan.
Di bulan yang mulia ini juga sebagai seorang hamba yang
beriman kita perlu memperbanyakkan memuji kebesaran Sang Maha Pencipta.
“Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari
dalam bulan Ramadhan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah
s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu
bersyukur." (Surah al-Baqarah:185)
Oleh itu para sahabat yang dikasihi, janganlah segala usaha
dan amalan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan disia-siakan begitu sahaja,
terusanlah untuk menggapai redha dan rahmat Allah swt, bertakbir,bertahmid dan
berzikir lah memuji kebesarannya dan berdoalah agar ditetapkan iman di hati
lebih-lebih lagi syaitan yang dibelenggu ketika Ramadhan telah dilepaskan dan
kembali untuk meracuni hati hamba-hambaNYA.
Comments