SAMBUTAN 35 TAHUN BKPPPM MERIAH


KAHERAH, 2 Februari 2013: 31 Januari 2013 baru-baru ini, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2012/2013 telah menyambut Hari Ulangtahun Penubuhan BKPPPM kali ke-35. Satu majlis yang penuh kemeriahan telah diadakan bersempena hari ulangtahun tersebut. 

Majlis telah bermula seawal subuh lagi  dengan qiamulail, munajat perdana dan bacaan ma`thurat kubra serta semua ahli digalakkan berpuasa sunat Khamis pada hari tersebut. Pada sebelah petangnya pula telah diadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil serta dialunkan Qasidah oleh kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak Pulau Pinang sendiri dan berakhir dengan iftor jamaie. Bacaan Yasin pada petang tersebut telah memohon kepada Allah S.W.T agar kesatuan BKPPPM terus kekal dan dapat memberi kebajikan kepada seluruh anak Pulau Pinang yang menuntut di Bumi Mesir ini. 


Kalam perasmian bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Penubuhan BKPPPM kali ke-35 telah disempurnakan oleh Saudara Muhammad bin Mohamad Zain, Badan Pengurus Angkat Pmram Cawangan Pulau Pinang. Beliau juga telah menyempurnakan gimik perasmian bersama Yang Dipertua BKPPPM Saudara Azwan bin Azman dengan memotang pulut kuning. Majlis diteruskan lagi dengan forum yang bertajuk “ Bicara 3 Yang Dipertua, Pahit dan Manis”. Bicara tersebut diisi oleh Saudara Helmi Md. Yusuf (YDP 2010/11), Saudara Mohamad Sarkawi Mohmad Salleh (YDP 2011/12), Saudara Azwan Azman (YDP 2012 sehingga sekarang) dan dipengerusikan oleh saudari Siti Mastura Mohammad. 

Pada malam tersebut juga turut diadakan perasmian penutup Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) 2012 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua BKPPPM, Saudara Muhammad Zikri Mohamad Zaki. Mahasiswa terbaik pada tahun ini ialah saudara Ahmad Fariz Mohd Zaini dan Saudari Nur Sabirah Abd. Rahman bagi sebelah akhawat. 

Majlis pada malam tersebut berakhir pada jam 12 malam dengan sesi bergambar dan turut dihidangkan Mee Kuah Penang untuk semua ahli yang hadir. Diharap agar BKPPPM terus melangkah dengan lebih jaya dan terus menjadi tempat kesatuan anak-anak Pulau Pinang di bumi Mesir. Amin...

" 35 Tahun Meniti Usia, BKPPPM Milik Kita "

" MEMARTABAT KEILMUAN,  MEMIMPIN KESATUAN "



Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL