Ramah Mesra Bersama Pegawai Pendidikan JAIPP
Sesi fotografi bersama rombongan.
KAHERAH, 9 September 2012 : Semalam, satu majlis ramah mesra bersama Ustaz Mohd Redzuan Bin Abdul Wahab, Pegawai Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) telah diadakan bersama anak-anak Pulau Pinang di sini.
Majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi ukhuwah dikedua belah pihak dan mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di Pulau Pinang khususnya.
Ustaz Mohd Redzuan dalam ucapan beliau semalam, menasihati agar kita selaku golongan yang mempelajari ilmu agama agar tidak takut untuk kehadapan dan berketerampilan. Katanya lagi, " Selain menguasai ilmu-ilmu dikuliah, ilmu pengurusan juga perlu dititik beratkan supaya menjadi nilai tambah di alam pekerjaan ".
Dalam pada itu, Ustaz Redzuan turut menyampaikan sumbangan untuk perjalanan aktiviti persatuan kepada wakil Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) Saudara Azwan Azman selaku Yang Dipertua BKPPPM sesi 2012/2013.
Majlis ramah mesra semalam berakhir dengan sesi fotografi bersama Ustaz Mohd Redzuan dan rombongan sebelum rombongan berlepas pulang ke Malaysia pada jam 9.00 malam. Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT ) BKPPPM juga turut mengiringi kepulangan rombongan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Comments