MAT BKPPPM BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA


MAT BKPPPM kali ke-35
KAHERAH, 02 SEPTEMBER 2012 - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali ke 35 Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Pulau Pinang dengan bertemakan “ JIWAI PIMPINAN GENERASI TERPIMPIN “.

Program bermula dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh Badan Pengurus Angkat BKPPPM iaitu Ustaz Mohammad Bin Mohamad Zain merangkap ketua Badan Sukan Rehlah (BSR) 2012. Seterusnya, majlis diteruskan dengan persidangan mesyuarat agung yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Sarkawi Bin Mohmad Salleh selaku Yang Dipertua BKPPPM dengan pembentangan minit Mesyuarat Agung kali ke-34 .

Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan laporan tahunan BKPPPM dan pembentangan laporan kewangan BKPPPM 2011/12 yang dikendalikan oleh Bendahari BKPPPM . Semua ahli memberikan komitmen dan komentar yang baik sepanjang sidang berlangsung.

Dua usul yang telah dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat agung kali ini. Pertamanya, usul Bersatu Mempertahankan Kesatuan BKPPPM dari Ancaman Luar yang diusulkan oleh Ustaz Azwan Bin Azman. Manakala usul yang kedua ialah Kenaikkan Yuran Tahunan Keahlian BKPPPM sebanyak LE 10 bagi ahli Kaherah dan LE 5 bagi ahli muhafazah.

Majlis ditangguhkan dengan ucapan penangguhan dan pembubaran AJKT dan HEWI BKPPPM 2011/2012 seterusnya diikuti ucapan Pengarah SPR, Ustaz Khairol Munif Bin Kiraman dengan mengumumkan keputusan pilihanraya AJKT dan HEWI 2012/2013. Setelah itu, majlis bersambung dengan ucapan dari Yang Dipertua BKPPPM 2012/2013 dan sesi penyampaian hadiah dan cenderahati. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan tasbih kafarah serta surah Al-Asr .

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL