Gunung Berapi: Gunung Bromo Pula Meletus

Probolinggi Indonesia 30 Nov 2010 – Pergerakan gunung berapi Gunung Bromo dilaporkan meletuskan pasir halus, abu dan asap yang bewarna hitam. Asap itu bergerak menghala ke arah Barat Malang, semalam.


Laporan kaji selidik dari pakar gunung berapi itu mencatatkan sebanyak lapan kali gempa bumi itu meletus. Sementara itu, pancutan asid diharapkan dapat keluar secara berperingkat selama beberapa hari ini supaya dapat mengurangkan lagi letusan yang lebih besar.

Pantauan telah dilakukan dengan menggunakan pesawat TNI AU jenis Cassa yang bernombor Alfa 2107. Selama satu jam pesawat itu memantau serta memerhatikan disetiap sudut atas kawah gunung berapi Bromo itu untuk mengukur ketinggian asap dan abu vulkanik yang keluar.


Pesawat itu mampu melihat sehingga ketinggian 9.5 ribu meter walaupun dalam keadaan pesawat itu penuh diseluputi asap gunung berapi, ia tetap tidak menjejaskan pergerakan para pemantau untuk memberikan laporan.

Kira-kira 13 ribu meter ketinggian abu dan asap tebal yang keluar di atas permukaan laut bergerak ke arah Kota Malang dan seterusnya angin menolak ke arah barat laut dan utara menuju ke Pasuruan.


Sehingga ke hari ini, asap tebal serta abu gunung berapi Bromo itu terus keluar sehingga menutupi seluruh daerah Bromo dengan ketinggian asap setinggi 13 ribu meter.


Sementara itu, penduduk tidak perlu bimbang situasi yang sedang berlaku kerana mengikut laporan sebelum ini, letusan gunung berapi Bromo ini tidak menimbulkan kesan yang merbahaya kepada penduduk. Akan tetapi pendduduk diingatkan juga supaya sentiasa berdoa untuk keselamatan akan datang juga.


Disunting dari: Media Indonesia

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL