PEMBENTANGAN FIQH AL-AULAWIYAT KEPADA AJKT DAN AJK HEWI






KAHERAH, 1 Oktober – Satu program pengukuhan “ Fiqh Al-Aulawiyat ” yang dibentangkan oleh Presiden PMRAM Ustaz Mohd Sahrizan Bin Hazimi telah diadakan kepada Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa Hewi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM sesi 2010/11 . Program tersebut telah diadakan pada 1 Oktober jam 8.30 malam bertempat di dewan Soleh Al-Masri .

Program ini bertujuan mengukuhkan kefahaman Ajkt dan Ajk Hewi khususnya dalam memahami keutamaan tugasan yang diberikan apabila bertembung dua atau tiga tugasan. Program ini juga bertujuan memberikan pendedahan awal kepada ajkt dan ajk hewi berkenaan etika dan akhlak seorang pimpinan .

Dalam program ini, Presiden PMRAM mengingatkan bahawa sebagai seorang pimpinan, kita kena mengamalkan konsep Ihsan dan Itqan dalam bekerja. Yang dimaksudkan dengan konsep ihsan dalam bekerja adalah apabila melakukan tugasan, anda akan mendapat pahala, dan apabila anda meninggalkan tugasan maka anda akan mendapat dosa. Manakala konsep itqan adalah melakukan tugasan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh sehingga mencapai objektif yang disasarkan.

Program ini juga diserikan dengan kehadiran penasihat BKPPPM iaitu Ustaz Muhammad Hafiz Bin Abdul Aziz, Ustaz Faqrurrozi Bin Abdullah dan Ustaz Hafis Bin Abidin. Diharapkan semoga program yang serba ringkas ini dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada ajkt dan menambahkan semangat juang dalam bekerja sebagai pimpinan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

AMALAN DUNIAWI VS AMALAN UKHRAWI

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden