Gunung Merapi di Indonesia Kembali Aktif

Portal al Jazeera Jakarta 29 Okt 2010 - Sekitar 30 orang mangsa Gunung Merapi telah terkorban apabila gunung itu sekali lagi meletus dan menghamburkan abu dan laharnya di Pulau Jawa awal minggu ini. Setakat ini tiada laporan terbaru tentang kerosakkan yang dikeluarkan, tetapi kebanyakkan mangsa yang tinggal di lereng bukit dan di zon bahaya terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Kejadian itu di gambarkan dengan bermulanya kepulan gas panas mula kelihatan di udara sepanjang satu kilometer dari puncak gunung yang berukuran setinggi 2,968 meter.Kesannya debu tebal mula merebak ke kampung-kampung yang terdekat. Pengkaji volcano(pakar gunung merapi)berkata ia bukanlah sesuatu yang baru, malah ia dapat membantu menstabilkan kembali gunung merapi itu berikutan kejadian yang berlaku selasa lepas. “saya melihat kepulan gas panas pada jam 6:10 pagi sepanjang 3.5 kilometer dari arah Tenggara dan diikuti dengan hujan abu,”kata Heru Suparwoko pengkaji volcano,yang di...