Perbincangan Berkenaan Solat Fardhu Jumaat Terhadap Banduan Di Dalam Penjara

Perbincangan Berkenaan Solat Fardhu Jumaat Terhadap Banduan Di Dalam Penjara Dipetik dari : MANHAL PMRAM Terdapat dalil-dalil yang banyak di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang mewajibkan solat Jumaat dan larangan meninggalkannya seperti berikut : 1) Dalil daripada Al-Quran : Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya). Surah Al-Juma’ah ayat 9 2) Dalil daripada As-Sunnah : a) Sabda Rasulallah S.A.W yang bermaksud : من ترك الجمعة ثلاثا من غير عزر ولا علة, طبع على قلبه. Maksudnya : "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud) b) Sabda Rasulullah S...