Posts

TINGKAT THAQAFAH NUQABA`

Image
KAHERAH, 16 April 2013 - Bagi memantapkan lagi thaqafah para nuqaba' diperingkat Pmram Cawangan Pulau Pinang, maka telah diadakan pengisian khusus untuk semua naqib dan naqibah dibawah seliaan saudara Mohammad Hafiz bin Abdul Aziz selaku pengarah Jabatan Nuqaba' sesi 2012/2013.  Pengisian pertama berkaitan Feqh Dakwah, yang mana ia merangkumi rukun jemaah, peringkat-peringkat dakwah dan rukun dakwah. Seterusnya pengisian kedua berkisar tajuk dalil perjuangan dengan mengupas ayat Al-Quran daripada surah yusof ayat 108. Kedua-dua pengisian ini telah disampaikan oleh wakil Jabatan Nuqaba' Pusat saudara Muhammad Yahya Bin Samsul.  Kehadiran para nuqaba' sekitar 21 orang ikhwah termasuk juga akhawat. Kesemuanya memberikan kerjasama dan tumpuan yang amat baik. Setelah selesai pengisian untuk para nuqaba', diadakan sedikit pertemuan bagi membincangkan segala permasalahan berkaitan perjalanan usrah dan muhasabah.  Pertemuan ini diakhiri pada jam 1...

BAZARIA MUTIARA 13: SAMBUTAN MEMBERANGSANGKAN

Image
KAHERAH, 1 April 2013:  Tidak sempat melepaskan lelah selepas sama-sama menjayakan LESTARY’13, seluruh ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) bersatu tenaga menyiapkan persiapan sempena Bazaria Mutiara yang bermula pada 26 Mac 2013. Bazar yang telah berlangsung selama tiga hari itu tampak meriah dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus dari pagi sehingga ke malam hari. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang mewarnai Bazaria Mutiara’13 pada kali ini. Antaranya nasi kandar, bihun sup, char koey teow, yong tau fu, laksa penang, aneka jenis nasi berlauk dan banyak lagi. Keterlibatan taakhi BKPPPM dari Kelantan turut menjadi keistimewaan Bazaria Mutiara’13 pada kali ini apabila menu Pantai Timur turut menjadi pilihan pengunjung seperti nasi kerabu, sagupal dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga taakhi dari DPM Shoubra dengan resepi tradisi, pasembor mereka. Gerai air Abang Tanjung juga tidak menang tangan dalam menyediakan minuman istemewa pada kali ...

THE BEST FROM LEGACY OF FAMILY BKPPPM.

Image
KAHERAH, 1 April 2013: Bermula pada hari Jumaat, 22 Mac 2013 yang lalu, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah membuka tirai program mega tahunan dengan mengadakan majlis perasmian Sambutan Hari Keluarga, LESTARY’13 (Legacy Of Family). Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh penasihat BKPPPM sendiri iaitu Saudara Faqrurrozi bin Abdullah diakhiri dengan diskusi kitab sebagai pengisian usrah gabungan pada malam tersebut. Keesokan harinya, LESTARY’13 diteruskan lagi dengan acara permainan outdoor bagi semua ikhwah dan akhawat di dua lokasi yang berbeza. Pelbagai permainan yang menarik dan mencuit hati telah dijayakan melibatkan kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan. Konsep retro yang dipilih oleh barisan jawatankuasa pelaksana pada kali ini menjadikan suasana dan keadaan Sambutan Hari Keluarga pada kali ini tampak lebih meriah. Antara kumpulan yang sengit bertanding di peringkat ikhwah adalah Laksamana Do Re Mi, Labu Labi, Bujang Lapok dan 3Abdul mana...

USTAZ REDZUAN DALAM KENANGAN

Image
Ustaz Redzuan dalam kenangan. KAHERAH, 20 Mac 2013 : Kelmarin, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menerima satu berita yang mendukacitakan di atas pemergian Ustaz Mohd Redzuan B. Abdul Wahab, Pegawai Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) atau lebih dikenali dengan Ustaz Wan. Allahyarham telah kembali ke ramatullah pada waktu Maghrib, waktu Malaysia.  Beliau begitu dikenali oleh seluruh mahasiswa/wi Pulau Pinang di Mesir berikutan saban tahun beliau turut bersama menghantar pelajar-pelajar ke bumi Mesir ini. Sikap beliau yang mudah mesra dan mengambil tahu masalah menyebabkan beliau begitu akrab dengan pelajar-pelajar hingga boleh diibaratkan ayah kepada anak-anak.  Pemergian Ustaz Redzuan merupakan satu kehilangan besar buat BKPPPM dan anak-anak Pulau Pinang di sini. Beliau yang banyak menyumbangkan tenaga,wang ringgit dan sikap beliau yang mudah untuk berurusan terutamanya dengan mahasiswa/wi di sini. Semua ini adalah unt...

HUKUM MERAIKAN VALENTINE'S DAY, ADA APA DENGANNYA???

Image
PADA mulanya, ia dikenali sebagai Saint Valentine`s Day, namun akhirnya disingkatkan kepada Valentine`s Daysahaja. Di Sweden, ia dinamakan: Alla hjärtans dag ("Hari Semua Jantung (Hati)"), di Findland pula dinamakan:Ystävänpäivä (Hari Persahabatan), begitu juga ditempat-tempat lain yang diberikan nama berbeza, namun maksudnya sama: Menghargai kekasih. Di Malaysia, umum mengenalinya sebagai “Hari Kekasih”. Dan diraikan oleh kebanyakan peringkat masyarakat, dari usia kanak-kanak sehinggalah dewasa. Valentine`s Day merupakan satu peringatan tahunan yang diadakan pada 14 Februari setiap tahun, bagi meraikan cinta. Hari ini mula dikenali setelah kematian beberapa pahlawan kristien yang bernama Saint Valentine, dan mula ditetapkan oleh Pope Gelasius pada tahun 496. Kemudian ia dibatalkan dari Kalender Umum Roman bagi Saint( [1] ) pada tahun 1969 oleh Pope Paul VI. Secara tradisinya, ia adalah hari pasangan kekasih meluahkan cintanya antara satu sama lain dengan cara menghadi...

MUTIARA THAQAFI : Kenali Al-Farabi

Image
Ahli Falsafah Dan Ilmuwan Islam Terkemuka pada zamannya.Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad bin Tarkhan bin Uzlaq Al-Farabi . Dilahirkan di Farab, tahun 257 H / 870 M dan wafat di Haleb (Aleppo) pada tahun 339 H / 950 M.  Terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi, berpengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik, dan sejarah.  -Istimewanya AL-FARABI, Terdidik dengan sifat qanaah menjadikannya seorang yang amat zuhud.  Beliau terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya.  Antara hasil karyanya ialah ilmu logika, fisika, ilmu jiwa, metafisika, kimia, ilmu politik, musik, dan lain-lain.Tapi kebanyakan karya–karyanya yang ditulis dalam bahasa Arab telah hilang dari peredaran dan hanya sekitar 30 buah karya yang masih tersisa. Diantaranya:  Ø Agrad al Kitab ma Ba’da Tabi’ah (Intisari Buku Metafisika)  Ø Al–Jam’u Baina Ra’yai al–Hakimaini (Mempertemukan dua pendapat ...

SAMBUTAN 35 TAHUN BKPPPM MERIAH

Image
KAHERAH, 2 Februari 2013: 31 Januari 2013 baru-baru ini, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2012/2013 telah menyambut Hari Ulangtahun Penubuhan BKPPPM kali ke-35. Satu majlis yang penuh kemeriahan telah diadakan bersempena hari ulangtahun tersebut.  Majlis telah bermula seawal subuh lagi  dengan qiamulail, munajat perdana dan bacaan ma`thurat kubra serta semua ahli digalakkan berpuasa sunat Khamis pada hari tersebut. Pada sebelah petangnya pula telah diadakan majlis bacaan Yasin dan tahlil serta dialunkan Qasidah oleh kumpulan yang dianggotai oleh anak-anak Pulau Pinang sendiri dan berakhir dengan iftor jamaie. Bacaan Yasin pada petang tersebut telah memohon kepada Allah S.W.T agar kesatuan BKPPPM terus kekal dan dapat memberi kebajikan kepada seluruh anak Pulau Pinang yang menuntut di Bumi Mesir ini.  Kalam perasmian bersempena Sambutan Hari Ulangtahun Penubuhan BKPPPM kali ke-35 telah disempurnakan oleh Saudara Muhammad bin Mohama...