MINDA PIMPINAN | KEISTIMEWAAN BULAN SYAWAL

Keistimewaan Bulan Syawal Bulan Syawal merupakan bulan penanda kemenangan bagi umat muslim, khususnya menang setelah satu bulan penuh beribadah khusyuk di bulan Ramadan. Penanda kemenangan ini diawali dengan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal. Selain bulan Ramadan, bulan Syawal juga merupakan salah satu bulan terbaik dalam Islam. Banyak amal ibadah yang dianjurkan untuk dilaksanakan di bulan Syawal ini. Salah satunya adalah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Bulan Syawal adalah bulan kembalinya umat muslim kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya setelah melakukan ibadah Ramadan sebulan penuh. Pada tanggal 1 Syawal, umat muslim kembali makan pagi dan diharamkan untuk berpuasa pada tanggal tersebut. Datangnya bulan Syawal membawa kemenangan bagi umat muslim yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan, dan menjadi lambang kemenangan dari ‘peperangan’ menentang musuh dalam jiwa yang besar, iaitu hawa nafsu. Tanggal 1 Syawal seluruh umat Islam di seluruh dunia m...