MINDA PIMPINAN | SATU UMAT SATU KIBLAT

SATU UMAT SATU KIBLAT بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف انبياء والمرسلين وعلى اله واصحابه ومن تبعه باحسان الى يوم الدين , اما بعد . Persatuan umat islam merupakan salah satu maqasid syariah yang penting dalam agama Islam . Maka , telah menjadi tanggungjawab individu untuk bergerak bersama dalam satu jemaah untuk membawa satu tujuan yang sama iaitu tegaknya islam secara kaffah. Hal ini kerana Al-Quran dan Hadis sentiasa menyeru kepada umat Islam supaya hidup dalam bingkai jamaah . Sebagaimana dalam Firman Allah SWT : اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِيْ سَبِيْلِهٖ صَفًّا كَاَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَّرْصُوْصٌ “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh’’ (surah As-saff :4) Ayat ini menunjukkan kecintaan Allah kepada hamba-hambaNya ya...