MINDA PIMPINAN | THABAT DAN ISTIQAMAH

THABAT (الثبات) membawa maksud tetap dan teguh serta tidak berubah. Dalam ajaran Islam ada perkara-perkara yang dinyatakan secara tetap atau qat’ie tidak boleh dipindah dan diubah dasar dan prinsipnya. Terdapat 3 konsep thabat , antaranya ialah : 1. Akidah • Akidah ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Kita wajib menyakini Allah SWT sebagai Rabb iaitu mengakui dengan sepenuh hati bahawa Allah SWT sahajalah yang memiliki, menurunkan rezeki, mencipta dan mentadbir seluruh makhluk dan mengakui bahawa hanya Allah SWT yang layak disembah, ditaati, dan dipatuhi secara mutlak. • Dalam keyakinan ini tidak ada kelonggaran dan toleransi dengan sebarang unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan kepercayaan kepada Allah SWT seperti mempercayai kuasa lain mampu menandingi kuasa Allah SWT atau menyembah sesuatu selain daripada Allah SWT. • Konsep thabat dalam akidah dapat dilihat dalam kisah Rasulullah SAW yang dita...