MINDA PIMPINAN | MERDEKA DALAM TAKWA

MERDEKA DALAM TAKWA Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia. Tarikh dimana Malaysia bebas merdeka dari penjajahan kuasa luar. Kini genaplah 64 tahun Malaysia merdeka. Persoalannya disini, adakah merdeka ini hanya tertumpu kepada kebebasan sesuatu negara sahaja dan adakah realiti kehidupan masyarakat Malaysia sekarang ini di dalam sebuah kebebasan atau kemerdekaan yang hakiki? Mengimbau kembali sejarah, setelah negara mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, maka wujudlah sebuah negara yang mempunyai undang-undang tersendiri seterusnya memberi kuasa kepada orang Islam membentuk negara berdaulat mengikut acuan agama.Pada zaman penjajahan British, banyak kekangan dalam pelaksanaan tanggungjawab sebagai Muslim tetapi selepas kemerdekaan, negara kita sudah tidak lagi ditekan justeru membolehkan masyarakat melaksanakan tuntutan agama dengan bebas. Umat Islam di negara ini wajib bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang tidak...