LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2021

LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2021 (SAHARA'21)



RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK- 18 JULAI hingga 24 JULAI 2021 : Program Sambutan hari raya Aidiladha tahun ini diberi nama SAHARA’21 dengan mengekalkan nama tersebut dari tahun sebelumnya. Namun tidak pada temanya, SAHARA ’21 membawa pembawaan yang lebih menarik dengan bertemakan “Mencari Hikmah Disebalik Ibrah”.

SAHARA ’21 telah berlangsung selama 5 hari bermula 18 Julai sehingga 24 Julai 2021. Objektif program ini adalah untuk meribat ikatan ukhuwah di antara ahli BKPPPM, memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam, dan memupuk semangat kerjasama dalam bermasyarakat di kalangan ahli.

SAHARA ’21 membuka tirainya pada tanggal 18 Julai iaitu yang dimulakan dengan gotong-royong persiapan di kalangan ahli BKPPPM. Pada keesokan harinya diteruskan dengan gotong-royong persiapan dan  pada sebelah malam telah diadakan malam perutusan Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, saudara Muhammad Aqli Hakimi bin Zulkipli dan seterusnya merasmikan program SAHARA ’21 pada malam tersebut.

Pada hari yang berikutnya, 20 Julai bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1442H seperti biasa, seluruh kaum muslimin akan berkumpul dan bersama untuk menunaikan solat sunat Aidiladha, telah menjadi adat bagi kaum manusia untuk bergambar dan berswafoto pada pagi tersebut. Aktiviti pada hari itu diteruskan dengan gotong-royong penyembelihan kambing dan khoruf. Sebanyak 33 ekor kambing dan khoruf yang dijangka siap disembelih pada pagi tersebut.

Program diteruskan pada keesokan harinya, 21 Julai dengan gotong royong menyembelih seekor unta dan 8 ekor kambing dan khoruf yang berbaki justeru menjadikan jumlah mutlak sembelihan pada kali ini seekor unta, 4 ekor khoruf dan 37 ekor kambing . 

Pada tanggal 24 Julai telah diadakan jamuan secara tertutup dikalangan ahli dan jemputan daripada beberapa kalangan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Hewi dari Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang lain sebagai penutup SAHARA ’21 yang telah dilangsungkan di Dewan Soleh Al-Masri. Dengan selesainya jamuan penutup tersebut, maka berakhirlah SAHARA ’21 pada kali ini. 

Justeru, pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir berharap agar segala objektif, visi dan misi BKPPPM dapat direalisasikan dengan jayanya program-program seperti ini. 

Disediakan oleh : Setiausaha SAHARA ’21 BKPPPM

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ukhuwah Berkualiti Wehdah Dirahmati”
#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963