LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2021

LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2021 (SAHARA'21) RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK- 18 JULAI hingga 24 JULAI 2021 : Program Sambutan hari raya Aidiladha tahun ini diberi nama SAHARA’21 dengan mengekalkan nama tersebut dari tahun sebelumnya. Namun tidak pada temanya, SAHARA ’21 membawa pembawaan yang lebih menarik dengan bertemakan “Mencari Hikmah Disebalik Ibrah”. SAHARA ’21 telah berlangsung selama 5 hari bermula 18 Julai sehingga 24 Julai 2021. Objektif program ini adalah untuk meribat ikatan ukhuwah di antara ahli BKPPPM, memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam, dan memupuk semangat kerjasama dalam bermasyarakat di kalangan ahli. SAHARA ’21 membuka tirainya pada tanggal 18 Julai iaitu yang dimulakan dengan gotong-royong persiapan di kalangan ahli BKPPPM. Pada keesokan harinya diteruskan dengan gotong-royong persiapan dan pada sebelah malam telah diadakan malam perutusan Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Yang Dipe...