ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH | MEMPERKASAKAN SOLAT BERJEMAAH (SIRI 1)





MEMPERKASAKAN SOLAT BERJEMAAH( SIRI 1 )

Tajuk : Solat berjemaah mendapat 27 pahala


Dari Ibnu Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

  صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَة
 “ Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat
bersendirian dengan dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat”

( Muttafaqun ‘alaih )


Solat berjemaah adalah solat yang terdiri dari imam dan makmum. Semakin banyak jumlah jemaah yang mengikuti solat tersebut semakin besar fadhilat yang akan diraih bagi orang yang mengerjakannya.


Menurut jumhur ulama, solat berjemaah hukumnya Sunnah Mu’akkadah. Namun ada sebahagian ulamayang berpendapat solat berjemaah hukumnya wajib. Pendapat yang mengatakan solat berjemaah adalah wajib hukumnya didasarkan pada hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. bersabda : “ Demi Zat Yang jiwaku berada dalam KekuasaanNya, sungguh aku ingin menyuruh orangorang membawa kayu bakar lalu mengumpulkannya, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengumandangkan azan, kemudian aku menyuruh seseorang untuk menjadi imam. Lalu aku akan menemui orang-orang yang tidak solat berjemaah lalu aku bakar rumah-rumah mereka”.


Sebagai teladan, Rasulullah telah memberikan contoh yang baik dalam hal solat berjemaah. Meskipun dalam kondisi sakit dan harus dipapah, beliau tetap melaksanakan solat secara berjemaah. Begitu pentingnya solat berjemaah. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak ada tiga orang, baik di kampung mahupun di padang pasir, yang tidak ditegakkan pada mereka solat kecuali mereka itu dikuasai syaitan. Oleh karena itu hendaklah kamu tetap berjemaah, sesungguhnya serigala itu hanya akan memakan domba yang sendirian”.
(H.R. Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Hakim).



Mengapa Allah memberikan 27 ganjaran pahala 
bagi orang yang melaksanakan solat berjemaah?




Ibnu Hajar al-Asqalani 
mengungkapkan ada 27 keutamaan solat berjemaah dibanding dengan solat sendirian yaitu:

Pertama; orang yang melakukan solat berjemaah telah menjawab panggilan azan dengan niat melakukan solat berjemaah.

Kedua; segera mengerjakan solat diawal waktu.

Ketiga; berjalan dengan tenang menuju ke masjid, tidak terburu-buru, kerana perbuatan terburu-buru
adalah perbuatan syaitan.

Keempat; saat memasuki masjid didahului dengan do’a.

Kelima; setelah masuk masjid, melakukan solat sunnat tahiyatul masjid.

Keenam; beriktikaf di masjid.

Ketujuh; para malaikat berselawat dan memintakan ampun bagi orang yang solat berjemaah.

Kedelapan; para malaikat menjadi saksi baginya.

Kesembilan; menjawab panggilan iqamat.

Kesepuluh; selamat dari godaan syaitan saat berangkat menuju panggilan iqamat.

Kesebelas; menunggu takbiratul ihram imam, yaitu menunggu datangnya imam.

Keduabelas; mendapatkan takbiratul ihramnya imam.

Ketigabelas; meluruskan dan merapatkan saf yang renggang atau saf yang kosong.

Keempatbelas; menjawab ucapan imam setelah imam membaca “ sami’allahu liman hamidah

Kelimabelas; terbebas dari sifat lupa yang biasanya sering dialami oleh seseorang dan mengingatkan imam bila ia lupa dengan cara membaca tasbih.

Keenambelas; mendapatkan kekhusyukan dalam solat.

Ketujuhbelas; menjaga kebersihan dan penampilan diri.

Kedelapanbelas; mendapat naungan para malaikat.

Kesembilanbelas; memperbaiki bacaan dalam solat serta mempelajari rukun-rukun dan pembahagiannya.


Keduapuluh; menampakkan syiar-syiar Islam.

Keduapuluh satu; membuat syaitan marah, dengan berkumpulnya untuk melakukan solat berjemaah dan saling tolong menolong dalam berbuat ketaatan serta membangkitkan semangat bagi orang-orang yang malas.

Keduapuluh dua; selamat dari sifat kemunafikan dan su’uzh-zhan (bersangka buruk) terhadap orang lain.

Keduapuluh tiga; menjawab salam imam.

Keduapuluh empat; mendapatkan banyak manfaat dengan berkumpulnya mereka untuk
berdo’a dan berdzikir.

Keduapuluh lima; mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara dan sikap saling menepati janji antara satu sama lain.

Keduapuluh enam; menghayati bacaan imam dalam solat.

Keduapuluh tujuh; mengaminkan doa imam supaya para malaikat juga mengaminkannya.


Semoga kita dapat mengambil manfaat serta mempraktikkan dalam kehidupan sebagai seorang muslim dan merebut peluang pahala yang berlipat ganda dalam melakukan amal ibadah kepada Allah SWT.




Disediakan oleh : Unit Biah Solehah BKPPPM Sesi 2019/2020.

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL