MINDA PIMPINAN | HEDONISME BUKAN BUDAYA MAHASISWA ISLAM


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى أله وَأَصْحَابِهِ,
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ

Firman Allah SWT :

‎وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ • وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا وَلَّىٰ مُسْتَكْبِرًا كَأَن لَّمْ يَسْمَعْهَا كَأَنَّ فِي أُذُنَيْهِ وَقْرًا ۖ فَبَشِّرْهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

"Dan di antara manusia ada yang menggunakan perkataan yang melalaikan untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikan jalan Allah itu sebagai ejekan. Mereka itulah yang memperolehi azab yang menghinakan. Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat peringatan Kami dia berpaling dan menyombong diri. Seolah-olah dia belum mendengarnya, seperti di telinganya ada penyumbat. Maka berikan khabar gembira kepadanya azab yang pedih".
(Surah Luqman: 6-7)

Baharu ini, kita menerima khabar tentang beberapa video yang tersebar di alam maya di mana berlakunya persembahan tarian yang melibatkan sebahagian mahasiswa dan mahasiswi Mesir sendiri. Hedonisme ini bukanlah budaya mahasiswa dan mahasiswi Islam.

Apa itu hedonisme?

Hedonisme merupakan sebuah pandangan hidup yang menyatakan bahawa keseronokan adalah segalanya.

Ruang lingkup keseronokan yang dicari sangatlah luas namun antaranya adalah :

1. Fun 
 - Mementingkan keseronokan berbanding perkara lain.
 - Contoh : Hiburan yang melibatkan lelaki dan perempuan.

2. Fashion
 - Budaya mengikut trend semasa dalam kalangan remaja adakala memberikan impak negatif. Oleh kerana terlalu ingin mengikut trend semasa, akhirnya pakaian tidak mengikut piawaian yang digariskan Islam.

Hendonisme menurut Islam?

Islam tidak menghalang penganutnya berhibur namun ada batasan dan piawaian yang perlu dipatuhi.

Firman Allah swt :

"...dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan dan kemewahan, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa" (Surah Hud  : 116)

Ingatlah, mahasiswa dan mahasiswi Islam mestilah mengamalkan cara hidup Islam. Budaya hedonisme iaitu hiburan yang tidak berlandaskan syariat Islam haruslah dijauhi. Sayangilah Bumi Mesir yang terkenal dengan Biah Solehah ini. Pelihara syariat Allah, Insya-Allah hidup kita akan terpelihara.

Wallahu'alam.

Muhammad Nor Ihsan Bin Mohd Asri
(Lajnah Perumahan BKPPPM 19/20)


"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

"BKPPPM_KeluargaKita"
"Bersama_Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL