WAKTU TERBAIK MENGIKUT IMAM






Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan yang bergelar Muslim.
Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_cry

نَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ سورة التوبة: الآية: 18. “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. at-Taubah : 18 Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
نَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ سورة التوبة: الآية: 18. “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. at-Taubah : 18 Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat perpaduan di kalangan muslimin. Kerana inilah ia perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian kita, selaku insan bergelar muslim.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Soalan

Saya hadir lewat untuk solat berjemaah ketika imam sedang sujud bersama jemaah lain. Adakah saya perlu terus mengangkat takbir dan bersujud bersama imam atau menunggu imam bangun untuk rakaat seterusnya?

Jawapan dari Mufti Wilayah

Salah satu syarat mengerjakan solat berjemaah ialah makmum wajib mengikuti imam dalam setiap perbuatannya di dalam solat. Nabi S.A.W . telah bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ اْلإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا، وَإِذَا قَالَ: "سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ"، فَقُولُوا: "رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ"، وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا

Maksudnya: “Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Jika dia bertakbir, maka hendaklah kamu mengikutinya bertakbir, jika dia melakukan ruku’, maka hendaklah kamu mengikutinya ruku’, jika dia bangkit (dari ruku‘), maka hendaklah kamu bangkit dan jika dia membaca: ((سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ)), maka hendaklah kamu membaca: ((رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ)) dan jika dia sujud, maka hendaklah kamu sujud mengikutinya.” Riwayat Al-Bukhari (733) dan Muslim (411)

Terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. yang boleh dijadikan panduan buat kita bagi menjawab persoalan yang telah diajukan, antaranya:

إذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الصَّلَاةَ، وَالْإِمَامُ عَلَى حَالٍ فَلْيَصْنَعْ كَمَا يَصْنَعُ الْإِمَامُ

Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu datang untuk menunaikan solat dan imam dalam keadaan tertentu, maka laksanakanlah perbuatan seperti yang sedang dilaksanakan oleh imam”. Hadith riwayat At-Tirmizi (591)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani Rahimahullah telah menghukum sanad hadis ini lemah dan terputus, Imam Asy-Syaukani Rahimahullah pula mengatakan pada hadis ini ada kelemahan tetapi mempunyai Syawahid[1] daripada hadis lain yang menguatkannya. Rujuk At-Talkhis Al-Hibir (2/546), Nail Al-Authar (3/182)

Sheikh Al-Mubarakfuri Rahimahullah telah mensyarahkan hadis ini dengan berkata: “ ‘فَلْيَصْنَعْ كَمَا يَصْنَعُ الْإِمَامُ’ bermaksud maka ikutilah imam mengikut keadaannya ketika itu sama ada dalam keadaan berdiri atau rukuk atau selain daripadanya, dan jangan menunggu imam bangun (untuk rakaat seterusnya) sepertimana yang dilakukan oleh orang awam”. Rujuk Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi (3/162)

Al-Qadhi Husain Al-Maghrabi Rahimahullah telah berkata: “Hadis ini menjadi dalil sahnya untuk masuk solat bersama imam pada mana-mana bahagian dalam solat, bahkan disyariatkan untuk berbuat demikian yang mana arahan dalam hadis ini paling kurang ia membawa kepada hukum sunat.

Jika imam dalam keadaan sujud atau duduk, Imam Asy-Syafi’e dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa hendaklah sujud atau duduk bersama imam, tetapi tidak dikira rakaat tersebut sebagai satu rakaat yang sempurna”. Rujuk Badr al-Tamam Syarh Bulugh al-Maram (3/364), al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/100), al-Binayah Syarh al-Hidayah (1/72)

Imam Asy-Syaukani Rahimahullah telah berkata: “Pada hadis ini, disyariatkan padanya untuk mengikuti imam pada mana-mana sahaja bahagian daripada perbuatan dalam solat, tanpa membezakan sama dalam keadaan rukuk, sujud dan duduk, berdasarkan zahir hadis: وَالْإِمَامُ عَلَى حَال

Hadis ini walaupun terdapat padanya kelemahan sepertimana yang telah dikatakan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar, tetapi ia mempunyai syawahid yang menguatkannya daripada riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Abi Syaibah, dan Sa’id bin Mansur.” Rujuk Nail al-Authar (3/182)

Hadis lain yang menguatkan hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A. :

إِذَا سَمِعْتُمُ الإقَامَةَ، فَامْشُوا إلى الصَّلَاةِ وعلَيْكُم بالسَّكِينَةِ والوَقَارِ، ولَا تُسْرِعُوا، فَما أدْرَكْتُمْ فَصَلُّوا، وما فَاتَكُمْ فأتِمُّوا

Maksudnya: “Jika kamu mendengar iqamah, maka bersegeralah untuk menunaikan solat, dan hendaklah kamu pergi menunaikan solat dalam keadaan yang tenang, dan janganlah tergesa-gesa. Apa yang kamu sempat dengan imam, maka tunaikanlah solat tersebut bersama imam, apa yang kamu tidak sempat dengan imam, maka sempurnakanlah”. Riwayat Al-Bukhari (636)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani Rahimahullah telah berkata: “Hadis ini menjadi dalil bahwa sunat untuk masuk solat mengikuti imam dalam apa jua keadaan imam ketika itu”. Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (2/118)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani Rahimahullah juga ada meriwayatkan sebuah hadis:

مَنْ وجَدَنِي قائِمًا أوْ رَاكِعًا أو ساجدًا فليكُنْ معِي علَى الحالِ التِي أنَا عليْهَا

Maksudnya: “Sesiapa yang mendapati aku dalam keadaan berdiri atau rukuk atau sujud, maka ikutilah aku dalam apa jua keadaan aku ketika itu”. Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani Rahimahullah telah berkata: “Diriwayatkan hadis ini dengan sanad yang lemah dan terdapat jalan-jalan lain yang menguatkannya”. Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari (2/314)

Sheikh ‘Atiyyah Salim Rahimahullah telah berkata: “Jika seseorang itu datang dan imam sedang rukuk, maka hendaklah dia mengangkat takbiratul ihram dan rukuk bersama imam, begitu jugalah keadaanya jika imam sedang sujud, duduk antara dua sujud atau duduk membaca tasyahhud yang mana dalam semua keadaan ini hendaklah masuk mengikut keadaan imam ketika itu. Janganlah berdiri menunggu imam sehingga imam bangun untuk rakaat seterusnya dan kemudian barulah mengangkat takbir untuk mengikuti imam”. Rujuk Syarh Bulugh Al-Maram (7/91)

Namun begitu, jika seseorang itu masuk ketika imam sudah bangun daripada rukuk atau ketika imam sujud atau duduk di antara dua sujud, atau duduk tahiyyat, maka rakaat yang dimasukinya ketika itu tidak dikira sebagai satu rakaat. Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W. :

إذا جئتم إلى الصلاة ونحن سجود فاسجدوا ولا تعدوها شيئا ومن أدرك الركعة فقد أدرك الصلاة

Maksudnya: “Jika kamu tiba untuk menunaikan solat, dan kami sedang sujud, maka teruslah melakukan sujud dan tidak dikira daripadanya sesuatu. Sesiapa yang memperolehi satu rakaat, maka dia memperolehi solat tersebut”. Riwayat Abu Daud (893)

Imam Al-Bukhari Rahimahullah mengatakan pada sanad hadis ini terdapat seorang perawi yang bernama Yahya Bin Abi Sulaiman yang merupakan munkar hadith. Syeikh Syu’aib Al-Arna’outh Rahimahullah menghukum sanad hadith ini lemah. Rujuk Khair Al-Kalam fi Qira’ati Khalfa Al-Imam (hlm.59), Takhrij Sunan Abi Daud (2/167)

Imam Al-Khatib Al-Syarbini Rahimahullah telah berkata: “Jika seseorang itu sempat rukuk bersama imam dalam keadaan yang yakin sebelum imam bangun daripada rukuk, maka dia memperolehi rakaat tersebut. Jika seseorang itu sempat bersama imam pada waktu imam melakukan i’tidal atau selepasnya, maka ikutilah imam mengikut keadaanya ketika itu”. Rujuk Al-Iqna’ fi Halli Alfaazi Abi Syuja’ (1/170)


Kesimpulan

Kami berpendapat bahawa cara yang terbaik bagi seseorang yang hadir lewat untuk solat berjemaah mengikut imam adalah terus masuk ke dalam jemaah dan memulakan solat mengikut keadaan imam ketika itu, tanpa perlu menunggu untuk mengangkat takbiratul ihram apabila imam bangun pada rakaat seterusnya. Adapun jika seseorang itu menunggu sehingga imam bangun pada rakaat seterusnya untuk mengangkat takbiratul ihram, hukumnya adalah harus, cuma ia merupakan satu perbuatan yang khilaf aula (menyalahi apa yang lebih utama daripadanya).

Jika seseorang itu masuk ke dalam jemaah ketika imam sedang berdiri atau rukuk (sempat rukuk bersama imam), maka dia memperolehi rakaat tersebut. Jika dia masuk ketika imam sudah bangun daripada rukuk, sujud, duduk antara dua sujud atau dalam keadaan duduk tahiyyat, maka rakaat tersebut tidak dikira sebagai satu rakaat yang sempurna. Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amin.



Rujukan :
http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3353-al-kafi-1242-bilakah-waktu-yang-terbaik-untuk-masuk-solat-berjemaah-mengikuti-imam-yang-telah-memulakan-solat

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL