LAPORAN PROGRAM DESA’19 BKPPPM









18 Februari 2019 KAHERAH, Program Desa’19 BKPPPM, bertemakan “MAI BALIK KAMPUNG MAI, PAKAT BUAT QAMAI" telah melabuhkan tirainya.

Program DESA’19 telah berlangsung dengan jayanya selama enam hari bermula dari 12 Februari 2019 sehingga 17 Februari 2019. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan ukhuwwah Islamiyah dalam kalangan ahli BKPPPM yang berada di perlembahan Nil sekaligus menjadikan BKPPPM sebagai satu wadah kesatuan bertepatan dengan pembawaan Yang Dipertua.

12 Februari 2018, jam 6:00 pagi program dimulakan dengan daurah kitab Idaman Penuntut pada membincangkan bab Nikah yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Bin Hussin selaku Fasilitator KPKM 18/19 bertempat di Dewan Soleh Al-Masri. Seterusnya pada jam 7:30 malam telah diadakan Majlis Perasmian Program DESA’19 BKPPPM bertempat di Sutuh Asrama Pulau Pinang yang dimulai dengan ucapan daripada saudara Muhamad Amer Syafiq Bin Azanuar Yusri selaku Pengarah Desa’19, kemudian diikuti oleh ucapan Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 18/19saudara Muhammad Hafizuddin Bin Mat Nasir. Majlis seterusnya dirasmikan oleh saudara Muhamad Zulshuhaifi Bin Ismail selaku Pengerusi DPM (MAQAZ) Shoubra sesi 18/19 sekaligus melancarkan gimik perasmian DESA’19. Tentatif kemudiannya diteruskan dengan slot Forum Fiqh Perubatan bertajuk Family Planning yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hanif Bin Ramli selaku Panel yang pertama dan Dr.Nurul Hanizah Binti Ja’far yang merupakan Ahli Akedemi Fikrah Perubatan selaku panel yang kedua.

Keesokan harinya, 13 Februari jam 6:00 pagi Program diteruskan dengan sambungan daurah kitab Idaman Penuntut bab Nikah. Kemudian, Pada jam 3:30 petang Tentatif dilanjutkan dengan slot Unit Bait Muslim yang julung-julung kalinya diadakan secara berhalaqah,Slot ini telah disampaikan oleh beberapa pengisi yang dijemput khas dalam kalangan mutazawijin bertempat di Sutuh Asrama Pulau Pinang bagi sebelah Akhawat dan di Dewan Soleh Al-Masri bagi sebelah ikhwah. Manakala pada jam 8:30 malam telah berlangsung Slot Peranan Hisbah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Iskandaruzzaman Mohd Zulkafli bertempat di Sutuh Asrama Pulau Pinang.

14 Februari 2019, jam 6:00 pagi telah berakhirnya daurah bagi kitab Idaman Penuntut bab Nikah. Tentatif program DESA’19 kemudiannya diteruskan dengan Permainan Indoor Akhawat pada jam 12:00 tengah hari dan diteruskan dengan permainan Indoor Ikhwah pada jam 3:30 petang yang bertempat di Sutuh Asrama Pulau Pinang.

Kemuncak program DESA’19 telah berlansung pada 16 Februari jam 7:30 pagi dengan dengan Aktiviti Outdoor yang bertempat di Hadiqah Atfal bagi sebelah Ikhwah dan Hadiqah Dauliyyah bagi sebelah Akhawat. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya adalah acara sukaneka.Setiap kumpulan telah menunjukkan persaingan yang sihat bagi meraih kemenangan.

Program DESA’19 melabuhkan tirainya pada 17 Februari 2019 dengan ucapan penutup oleh Naib Pengerusi HEWI Ustazah Nur Syamsina binti Zahid. Seterusnya, diadakan persembahan gubahan berbentuk hantaran oleh setiap kumpulan bagi siswi dan persembahan Video bagi Siswa. Penghujung majlis tersebut diadakan pemberian hadiah untuk pemenang bagi Teka kuaci, kuiz sepanjang slot dan hadiah bagi setiap kumpulan. Majlis penutup Program DESA’19 BKPPPM 2019 telah berlangsung di Sutuh Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir.

Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) terus istiqamah dalam menganjurkan program yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya baik dari segi ilmiah, thaqafah, pemantapan rohani dan jasmani, serta pengukuhan ukhuwah sesama ahli. Program Desa’19 BKPPPM 2019 merupakan salah satu contoh penganjuran yang menerapkan nilai-nilai tersebut.

Semoga penganjuran dan Program DESA’19 BKPPPM ini, mengukuhkan ikatan ukhuwah dikalangan ahli seterusnya menyemarakkan semangat persatuan untuk istiqomah menjaga kebajikan dalam segala aspek.

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”
"Bersatu Dan Berbakti"
"Biah Berkualiti"
"Fikrah Dan Thaqafah Islamiyah"

Disediakan Oleh :

NUR HIDAYATI BINTI HAMDAN
( Timb. Pengarah Program Desa’19 Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2019 )



Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL