UIGHUR, KAMI TAK BUTA!





Pada 15 Oktober lalu, dilaporkan bahawa kerajaan membebaskan 11 etnik Uighur yang ditahan di negara ini kerana tidak melanggar sebarang undang-undang Malaysia. Mereka ditahan dan didakwa memasuki Malaysia secara haram April lalu, selepas berjaya melarikan dari penjara di Thailand pada November 2017.
                
           Sebelum ini, China didakwa mencabul hak asasi etnik Uighur di Xinjiang, tetapi Beijing menafikannya. Antara dakwaan penindasan ke atas  Uighur ialah golongan wanita dipaksa membuka hijab, remaja dilarang memasuki masjid, penjawat awam beragama Islam tidak dibenarkan berpuasa dan generasi muda dilarang mendapat pendidikan agama.
                
            Pada 13 Disember ini, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid mendakwa bahawa China telah memenjarakan hampir sejuta etnik Uighur sehingga kini, atas alasan mereka menghidap penyakit mental. Beliau berkata, “Kerajaan China kononnya mendakwa mereka berada latihan, padahal ia adalah sebuah penjara.”
               
            Menurut satu laporan yang disiarkan oleh Wisconsin Muslim Jurnal, kem tahanan umat Islam Uighur disifatkan sebagai, “horrific sites where fear and physical violence, pyschological trauma and emotional abuse are all available tool.” Mereka tidak hanya didakwa menghidapi penyakit mental malah dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis.

ETNIK UIGHUR DITINDAS

            Jumlah populasi umat Islam Uighur menjangkau 10 juta orang berbanding 22 juta rakyat di Xinjiang. Mereka etnik minority Cina berbahasa ‘Turnic’ (lebih hampir dengan Uzbekistan), mempunyai hubungan dengan negara Asia Tengah. Segelintir penganalisis geopolitik merujuk Xinjiang sebagai negara Turkistan Timur.
                
            Pada 20 Julai 2017,di Kasghar- China, penganut-penganut Islam cuba melepasi pengesan logam dengan senyap apabila mereka memasuki masjid utama di bandar Kasghar di barat China di bawah kawalan ketat pagawai-pegawai polis. Sekatan yang dikenakan ke atas penduduk Uighur ini kebanyakannya telah menindas kehidupan mereka di kawasan Xinjiang yang sangat tegang, di mana menyimpan janggut adalah tidak dibenarkan dan tiada sesiapa dibenarkan untuk solat di khalayak ramai.
                
             Beijing mengatakan bahawa sekatan dan kehadiran polis yang ramai adalah bertujuan untuk mengawal penyebaran para pelampau dan juga pergerakan separatis dan para penganalisis memberi amaran bahawa Xinjiang kini telah menjadi sebuah ‘penjara terbuka’. “China pada asasnya telah mewujudkan sebuah kawasan polis dalam skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata James Leibold, seorang pakar keselamatan Cina di Universiti La Trobe, Australia.

             Pada Mac 2017, Presiden Xi Jinping mengarahkan pasukan keselamatan untuk membina ‘tembok besi besar’ di sekitar rantau ini selepas etnik Uighur  mendakwa bahawa mereka telah dimiliki  oleh sekumpulan Islamic State (IS) di Iraq dan mengancam untuk kembali ke tanah air dan ‘menumpahkan darah seperti air sungai.’ Beijing telah membanjiri  Xinjiang dengan puluhan ribu anggota keselamatan, menempatkan balai-balai polis di hampir setiap blok, dan melancarkan peraturan-peraturan yang ketat dalam ‘menghapuskan ekstremisme’.

             Di sebuah masjid di tengah-tengah Hotan, umat Islam berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat dengan melalui barisan polis dan menunjukkan dokumen identiti mereka di dua pusat pemeriksaan sebelum memasukinya. Di dalamnya, lelaki berpakaian kemas dengan menggunakan pin jaket bertanda  Parti Komunis dan mengenakan cermin mata hitam terus memantau dengan ketat kepada ratusan umat Islam di sana. Di hadapan masjid, papan tanda LED mengingatkan orang ramai bahawa ‘tugas paling besar bagi rakyat Xinjiang adalah menyelaraskan sebuah perpaduan etnik dan agama.’

             Etnik Uighur telah dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai dan pengeboman menyebabkan puluhan orang mati dalam beberapa tahun kebelakangan di seluruh negara itu. Walau bagaimanapun, kebimbangan mengenai ekstremisme telah menyebabkan kebanyakkan penduduk Xinjiang takut kehilangan identiti budaya mereka dan mempersoalkan sama ada kerajaan telah melampaui batas ke atas mereka.

ANTARA PENINDASAN

Pemerintah Komunis dan Fasis Cina memaksa suku bangsa Uighur untuk menjadi komunis dan ateis. Kitab suci Al-Quran telah dianggap sebagai suku jahat dan dibakar. Anak-anak Uighur dipaksa untuk berbicara Bahasa Cina, berpakaian pakaian tradisional Tiongkok, mengkonsumsi makanan haram, beribadah dan sujud kepada patung Confucius, menghafal arti bendera Komunis, dan akhirnya menjadi 100% berasimilasi. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)

              Lebih dari 2 juta Muslim Uighur dikurung di kem konsentrasi mirip dengan gaya Nazi, di mana mereka dipaksa untuk mengutuk agama mereka dan makan daging babi, dengan dalih ‘memerangi ekstremisme’. Bahasa Muslim Uighur telah dilarang dari penggunaan rasmi dan pendidikan, sedangkan semua buku dalam Bahasa Uighur juga dibakar. Sebanyak 20,000 dari 24,000 masjid di seluruh Turkistan Timur, telah dihancurkan menjadi pejabat-pejabat pemerintah, diberikan kepada  usahawan Cina dan berubah menjadi pusat propaganda.

                Lebih dari 60,000 guru agama dan ulama telah dibuang ke penjara dengan alasan yang sama ‘memerangi ekstremisme’. Ulama besar, Muhammad Salih terbunuh di penjara , dan Abdushukur Haji, imam terkenal dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara. Tiongkok membunuh ribuan bayi yang masih berada dalam rahim ibu mereka, bahkan ada diantaranya pada usia 9 bulan dengan dalih “Kebijakan Keluarga Berencana.” Islam tidak pernah membuat kouta untuk populasi manusia kerana dengan kelahiran akan mengembangkan ajaran Islam di dunia.

               Mereka yang yang berada di kem konsentrasi dipaksa untuk mencela Islam dan identiti Muslim mereka seta dipaksa untuk berjanji bahawa mereka adalah orang Cina dan komunis. Pemerintah China membawa ratusan ribu pemuda China untuk tinggal di rumah keluarga Muslim dan memaksa wanita Muslim untuk menikahi lelaki Tionghoa ateis. Malah, pemerintah China menyuruh Mesir mendeportasi ribuan mahasiswa Uighur yang baru belajar Islam, banyak yang dieksekusi ketika tiba di Turkistan Timur. China mengumpulkan informasi dari ribuan  orang Uighur dan menekan Arab Saudi, UAE dan Parkistan untuk mendeportasi semua orang Uighur.

PENUTUP

Tiongkok mengambil keuntungan dari hubungan tegang antara Muslim dan barat dengan memujuk  Duni Islam untuk meninggalkan saudara-saudar Muslim Uighur. Media asing dan jurnalis tidak dapat secara teliti menyelidik dan melaporkan , sehingga ketika Uighur menahan penindasan, permukiman, desa dan kota-kota , mereka digambarkan sebagai terrorist.

               Apakah anda mempercayai China, hanya kerana ating itu memiliki ekonomi yang kuiat dan memberi anda beberapa manfaat? Sedangkan mereka (komunis) memposisikan mitra mereka dengan Allah dan menyembah Marx dan orang-orang yang menyukai dia. Mereka juga cuba menempatkan ideology Cina, penipuan  Cina, budaya Cina, tata kelola ekonomi Cina dan sebagainya.

               Jika dunia Islam dan bangsa Turkistan terus berdiam diri dan membiarkan Cina untuk melakukan genosida, maka bangsa yang beradab yang memberikan banyak kontribusi kepada umat manusia akan hancur dari muka bumi!

وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الأرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ الْحُسْنَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُوا وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُوا يَعْرِشُونَ

Maksudnya : “Kami telah mewariskan kekuasaan kepada Bani Israil, kaum yang dahulunya tertindas di negeri Syiria dan Irak, Yordan dan Palestina. Negeri-negeri itu adalah negeri yang Kami berkahi. Wahai Muhammad, pertolongan yang sempurna dari Tuhanmu kepada Bani Israil itu ating karena kesabaran mereka. Kami binasakan semua tipu daya Fir‘aun dan kaumnya serta semua yang telah mereka usahakan.” 

(Surah Al-A’raf, 7:137)
(Rujuk Tafsir Ibnu Kathir 3 : 177)


Rujukan :
https://www.freemalaysiatoday.com
https://www.arrahmah.com


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL