KEPENTINGAN RUU355
Kepentingan RUU355 pada kacamata mahasiswa
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ
وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ
الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ
وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki
dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu
perkara (tidaklah harus bagi mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri
mengenai urusan mereka . Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka
sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.”
(Surah Ahzab ayat 36)
Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau
lebih dikenali sebagai Akta 355 adalah suatu Akta untuk memberi dan
menyeragam bidang kuasa kepada Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana
undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum
Syarak. Namun pada 26 Mei 2016, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang telah membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian
dalam Dewan Rakyat. Pindaan RUU 355 itu
bertujuan bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965
yang selama ini menghadkan Mahkamah Syariah supaya hanya boleh mengenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda
maksimum RM 5000 dan enam sebatan rotan sahaja. Apa yang dicadangkan adalah
meningkatkan hukuman maksimum kepada hukuman yang selaras dengan hukum syarak
selain hukuman mati.
Agenda menaik taraf sistem hukuman mahkamah syariah adalah satu agenda
yang perlu dititik berat oleh semua pihak khususnya penganut agama islam. Hal
ini kerana sistem hukuman mahkamah syariah yang telah dipinda pada tahun 1965
adalah tidak releven mengikut pengedaran zaman kini disamping sistem hukuman
lain yang sedia ada juga tidak mampu mencegah kadar jenayah di dalam negara
kita. Perkara ini amat membimbangkan masa depan negara jika tiada tindakan yang
diambil.
Kepentingan meminda akta ini adalah
untuk menjaga umat sejagat terutama pada
menjaga dan memelihara kesucian agama islam. Sebagai penganut agama
islam kita mempercayai dan yakin bahawa agama islam adalah yang paling tinggi
dan tiada agama yang lebih tinggi daripadanya.
Sabda Nabi S.A.W :
ﺍﻹِﺳْﻼَمُ ﻳَﻌْﻠُﻮْ
ﻭَﻻَ ﻳُﻌْﻠَﻰ
“Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.”
Hadits hasan riwayat ar-Rawiyani,
ad- Daruquthni, al-Baihaqi, adh-Dhiya’
Firman Allah Taala :
إِنَّ
الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الإِسْلامُ
Sesungguhnya agama (yang
diredhai) disisi Allah hanyalah Islam
(Surah Ali
Imran 19)
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ
دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
(Surah Ali
Imran 85)
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak daripada orang-orang yang rugi”
Oleh itu,
langkah dalam memertabatkan lagi sistem kehakiman syariah agar syariat islam
dapat dijalankan dinegara kita bersesuaian dengan perlembagaan bahawa agama
islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Selain daripada itu, pindaan ini adalah
sebagai jaminan untuk menjaga akal dan kewarasan fikiran daripada dirosakkan
kerana akal adalah anugerah istemewa yang dikurniakan kepada manusia. Seperti
meminum-minuman yang memabukkan akan menghilang kewibaan dan kewarasan
seterusnya akan merosakkan akal fikiran yang boleh menjerumus kepada kejatuhan
moral atau lebih membimbangkan menyumbang kepada jenayah.
Firman
Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ
وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu
dan ahli keluarga kamu dari azab neraka”
Antara kepentingan yang
lain juga adalah untuk menjaga kehormatan, maruah, dan keturunan. Perkara ini
juga berkait dalam menjaga dan memelihara golongan wanita daripada penindasan.
Firman Allah :
وَلَهُنَّ مِثْلُ
الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ
عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan para wanita mempunyai
hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi
laki-laki, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Al Baqarah [2]: 228)
Ibnu Katsir berkata,
“Maksud ayat ini adalah bahwa wanita memiliki hak atas lelaki, sebagaimana
lelaki atas mereka. Maka, hendaknya masing-masing dari keduanya menunaikan hak
yang lainnya dengan cara yang makruf.”
Mutakhir ini, indeks gejala
sosial meningkat terutama pada golongan pemuda. Hal seperti ini amat
meruncingkan kerana pemuda-pemuda ini akan mentadbir negara pada masa hadapan.
Gejala seperti seks bebas, penzinaan dan lain-lain sekiranya tidak dibendung dengan
kadar segera akan mengakibatkan ketamadunan manusia dan nilai-nilai akhlak
hilang dalam sebuah negara. Jika harga diri seseorang itu menjadi murah,
bagaimana pula dengan harga sesebuah negara?.
Semua pihak perlu cakna
akan isu semasa yang berlaku dalm negara kita seperti masalah sosial, ekonomi, kelemahan
politik dan lain-lain dan menanganinya dengan inisiatif yang telah islam
gariskan dengan lebih konsisten untuk menjaga kemaslahatan negara.
Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang terutama individu muslim untuk
menjayakan usaha murni ini tanpa mengira latar belakang demi menjamin masa
depan negara yang cerah dalam mengutamakan urusan agama melebihi duniawi.
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"
Disediakan Oleh :
Ustaz Safmeezool Ameer bin Satar
Timbalan Setiusaha Agung BKPPPM sesi 2016/2017
Comments