DUNIA ISLAM MASA KINI

      Dunia Islam masa kini dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir yang semakin meruncing. Fokus utamanya ialah di Timur Tengah seperti negara Mesir, Libya, Syria ,Lubnan dan Iraq.

     Seperti yang kita sedia maklum, Kejatuhan Saddam Hussein  yang mengakibatkan kemaraan Syiah di Timur Tengah. Kejatuhan Muammar Ghadafi, Husni Mubarak, Ben Ali, dan yang paling menonjol kejatuhan Dr Morsi di Mesir.

     Dunia Islam sekarang dikuasai oleh peperangan demi peperangan yang berterusan. Negara Rusia turut berusaha memperkukuhkan kedudukan dengan menubuhkan BRICS – Gabungan Brazil, Rusia, India, Iran, China, South Afrika, satu blok ekonomi untuk menghadapi gugatan blok barat dan Amerika Syarikat.

      Rusia dan anggota BRICS menolak USD dan menerima pakai mata wang China Yuan dalam urusan niaga sesama mereka. Rusia mempergiatkan bidang pertanian untuk menolak kebergantungan hasil import daripada barat dengan usaha mengeluarkan gandum dan bijirin organik. Tambahan pula, Rusia juga bercadang membina sistem kewangan baru yang menolak sistem riba.

Dalam situasi ini apa tindakan yang dilakukan oleh dunia Islam?
Apakah peranan OIC dalam menangani masalah yang dihadapi dunia Islam masa kini?

     Amerika Syarikat memaksa dunia Islam mengguna pakai USD secara paksa “Fiat Money”. Mata wang yang dikeluarkan dengan berleluasa tanpa sandaran emas. Mereka juga memaksa dunia Islam mengamalkan sistem riba yang dilaknat oleh Allah dalam sistem perbankan mereka. Tersebut di dalam hadis Sahih Bukhari berkenaan mengapa dunia Islam menjadi sasaran pemusnahan?

Dari Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW ), beliau berkata:” (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda: “La ilaha illallah, celaka (binasa) bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka bahagian dinding  Ya’juj dan Ma’juj seperti ini” dan Baginda mendekatkan hujung ibu jari dengan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa, sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu Nabi S.A.W  bersabda: Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

     Perkembangan yang berlaku ini melemahkan kekuatan dunia Islam. Umat Islam yang tertindas di Myanmar, Kasymir dan berbagai-bagai belahan dunia Islam tidak dapat dibela dan dibunuh tanpa belas kasihan. Wasiat Rasulullah ada menyatakan “Umat Islam adalah seperti satu tubuh, apabila sakit satu bahagian, maka sakitlah kesemuanya”.

Tepuk dada tanya iman !

 Adakah negara kita tergolong dalam negara  yang mengamalkan sistem barat , umpama kerbau dicucuk hidung ?

Siti Sabariah binti Mohamad
(Setiausaha Hewi BKPPPM sesi 16/17)

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL