UMAT ISLAM ROHINGYA DIZALIMI

 
    Dewasa ini, dunia berlalu dengan pelbagai kejadian buruk yang berlaku di sekitar kita. Saban hari, kita melihat kes pembunuhan yang berlaku seakan-akan manusia tidak mempunyai nilainya. Kita dapat melihat sendiri negara jiran iaitu Myanmar bagaikan mimpi musibah yang berlaku kepada mereka iaitu pembunuhan beramai-ramai di Rakhine.

    Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengisytiharkan Rohingya sebagai salah satu etnik yang paling teruk di tindas yang dilihat sebagai salah satu cubaan untuk penghapusan etnik di Myanmar. 

    Pada 2015,menurut laporan seramai 25,000 penduduk di Rohingya telah melarikan diri dengan bot sepanjang Januari-Mac gagal apabila dihalang oleh pihak di negara jiran iaitu Bangladesh apabila mereka menyeberangi sungai Naaf sempadan Bangladesh Myanmar. Namun apa yang dikesalkan, tiada satu pun pihak atau agensi antarabangsa yang bangun bertindak melawan kezaliman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya. Dunia terus sunyi dan diam membisu terhadap perkara ini.      

     Rasulullah Saw bersabda: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang perihal saudara islam yang lain, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka." (Riwayat Muslim) Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk menyuarakan solidariti serta bermunajat kepada Allah atas pergolakan yang berlaku kepada saudara kita yang semakin meruncing ini malahan perlu mengadakan kempen mengutuk kekejaman terhadap kekejaman ini.

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Rabbani Thaqafi Khairi"

Nur Hidayah bt Yusoff,
Bendahari Hewi,
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 16/17

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL