Road to Alexandria

LAPORAN JAULAH ISKANDARIAH USMB 2015 Firman Allah SWT : katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulakan penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.” (Surah Al-Ankabut ayat 20) 19 Disember 2015, Sabtu - Unit Sambutan dan Rehlah Badan kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2015/2016 telah menganjurkan Road to Alexandria khusus kepada mahasiswi USMB 2015 dan terbuka kepada semua ahli. Seramai 16 orang mahasiswi yang telah menyertai jaulah pada kali ini dan diiringi 2 orang musyrif. Jaulah ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada mahasiswi baru menghayati sejarah Islam di Iskandariah serta mentadabbur alam. Perjalanan bermula pada jam 7 pagi dari Kaherah dan tiba di Kota Iskandariah jam 9.30 pagi. Destinasi pertama ialah Montazah. Sebuah taman indah begitu terkenal dikalangan warga mesir, pelajar-pelajar Malaysia dan pelancong dunia lain. Terpegun...