IN THE MEANING OF QURBAN (ITQAN `15) : Tadhiyyah Anbiya` Tarbiyyah Ummah


Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sekali lagi telah berjaya menganjurkan sebuah program bersempena dengan sambutan hari Raya Aidil Adha pada tahun ini dengan nama ITQAN’15. Program In The Meaning Of Qurban pada kali ini yang bertemakan “ Tadhiyyah Anbiya’ Tarbiyyah Ummah telah pun diadakan selama 7 hari iaitu bermula dari 21 September 2015 sehingga 27 September 2015. Program bermula pada 21 September 2015 dengan Kursus Sembelihan secara teori dan praktikal. Pengisian disampaikan oleh Ustaz Mukhlis Bin Hasin, Penasihat KPKM sesi 2014/15. Beberapa orang peserta telah menjadi wakil untuk melakukan praktikal sembelihan ayam di sutuh pada petang tersebut. Program diteruskan pada 23 September 2015 dengan Takbir Raya dan Majlis Perutusan Raya yang disampaikan oleh saudara Mohd Jasry Raimy Bin Johari selaku Yang Di-Pertua BKPPPM. 



                     Keesokkan harinya setelah selesai tazkirah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Zulhafis Bin Zulkifli, mantan Biro Pendidikan BKPPPM sesi 2014/15, seawal pagi, semua ahli BKPPPM telah bergerak beramai-ramai untuk melaksanakan solat sunat Hari Raya Aidil Adha di Masjid Ibadurrahman. Seusai bersolat dan medengar khutbah, sesi bergambar bersama-sama semua mahasiswa Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir telah diadakan di kawasan perkarangan masjid sebagai tanda kenang-kenangan. Pada 24 September 2015 pukul 8.30 pagi, semua ahli BKPPPM bersedia utuk melaksanakan ibadah sembelihan Qurban dan Aqiqah. Bilangan binatang qurban dan aqiqah pada tahun ini adalah seekor unta, 9 ekor kambing, 3 ekor daripada bilangan kambing tersebut merupakan bahagian aqiqah manakala selebihnya adalah bahagian qurban. Pada tahun ini, sembelihan unta telah pun dilaksanakan oleh Saudara Mohamad Zulfeikry Bin Zakaria yang merupakan Ketua Penasihat BKPPPM. Selesai proses sembelihan unta, kemudian diteruskan dengan proses sembelihan kambing di sutuh asrama BKPPPM. Seramai sembilan orang ikhwah yang menjadi penyembelih bagi setiap ekor kambing. Proses melapah dan kemudian membersihkan perkarangan asrama BKPPPM dan sutuh telah dilaksanakan oleh semua ahli ikhwah dengan kerjasama yang baik. 

          Pada 26 September 2015, BKPPPM telah berjaya mengadakan majlis jamuan raya Aidil Adha. Jamuan raya kali ini telah dihadiri oleh Presiden PMRAM, Ustaz Haniful Fuad Bin Husin serta wakil-wakil Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (HEWI) dari cawangan-cawangan yang lain. Jamuan telah bermula dari pukul 1.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. 

          Keesokannya, pada 27 September 2015, sebuah majlis yang merupakan aktiviti di dalam dewan telah diadakan iaitu slot sembang santai yang diberi tajuk ” يا غلام كل بيمينك “ The Miracle of Prophetic Food. Slot menarik ini telah membicarakan tentang makanan Sunnah yang disampaikan oleh Ustaz Jamal Najmuddin Bin Sulaiman (Mantan Penasihat KPKM sesi 2014/14) dan Dr Imran Bin Kasran (MTP Perubatan 2015/16) serta Ustaz Ahmad Fariz Bin Mohd Zaini (Bendahari BKPPPM) selaku moderator. Sembang santai kali ini juga telah dihidangkan dengan persembaan nasyid dan qasidah sebagai selingan oleh kumpulan Al-Furqan. Selesai Sembang santai, majlis Perasmian Penutup telah dikendalikan oleh pengarah program, Ustaz Safmeezol Ameer Bin Satar. Program ITQAN ‘15 kali ini telah diakhiri dengan jamuan ringan khas buat ahli BKPPPM. 

   Semoga dengan berakhirnya program In The Meaning Of Qurban ini, ahli BKPPPM dapat mendalami lagi erti pengorbanan serta mengeratkan ukhuwwah antara satu sama lain.

Disediakan Oleh : Setiausaha ITQAN `15

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL