MUFTI’14 (Mufakkir Of Islam)
OGOS : Biro dan Unit Pendidikan-Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) telah menganjurkan program Minggu Thaqafah yang diberi nama“MUFTI’14(Mufakkir Of Islam)”. Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman yang jelas berkenaan Fiqh Mua’sarah yang timbul, melahirkan modal insan yang cemerlang dunia & akhirat, serta mengukuhkan hubungan yang terjalin bersama ahli BKPPPM. Maka dengan ini selaras dengan tema yang kami bawakan pada kali ini “THE POWER OF KNOWLEDGE, FOR A BETTER UMMAH”. Program ini berlangsung selama 3 hari bermula 19-21 Ogos 2014. Pada hari yang pertama, majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tim. Presiden Ustaz Muhammad Syazwan Bin Hamzah dan diteruskan dengan pengisian yang menarik diantaranya forum: “TEGAS(Tegakkan Syariat Islam)” yang menampilkan dua orang ahli panel Ustaz Mohamad Naqib Bin Bakhudin serta Ustazah Siti Aisyah Binti Ismail, seterusnya disebelah petang pula diadakan game Roda Mufakkir untuk semua ahli ikhwah dan akhawa...