KENALI KITAB TARBIYYATUNA AR-RUHIYYAH

DEKATKAH KITA DENGAN ALLAH ? Bismillahirrahmanirrahim, selaut syukur buat pemilik hati yang gersang kerana mengilhamkan penulis untuk mengupas secara ringkas sebuah kitab berkaitan pemantapan rohani iaitu TARBIYYATUNA AR- RUHIYYAH, kagum melihat hasil penulisan pengamal sufi juga pendakwah haraki yang penuh dedikasi menekuni dalam bidang pendidikan kerohanian, beliau dikenali sebagai Syeikh Sa’id Hawwa.

Untuk pengetahuan anda, kitab ini merupakan cetakan kali yang kesepuluh iaitu pada tahun 1430 Hijrah bersamaan 2009 Masihi. Kitab ini mengandungi sebanyak 268 muka surat,hasil terbitan Pustaka Darussalam Kaherah.

Sebelum berkongsi keistimewaan yang terkandung dalam kitab serba lengkap ini, terasa tidak sempurna tanpa menyisipkan sedikit biografi pengarang kitab, nama sebenar beliau ialah Sa’id Hawwa bin Muhammad dilahirkan di kota Hamah, tahun 1935. Beliau mula terlibat dalam Jemaah Ikhwanul Muslimin pada tahun 1952 iaitu saat masih belajar ketika berumur 17 tahun.Akhirnya Beliau kembali ke rahmatullah pada tahun 1987.



Antara keistimewaan kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah

v Dengan semangat memperjuangkan pengislahan, Sa’id Hawwa menjelaskan mengenai tasawwuf dan membuat perbanding ilmu tasawwuf dengan motif yang tersirat.

v Berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah, beliau telah melahirkan hujah-hujah yang cukup meyakinkan dan berhasil memperlihatkan keaslian tarbiyyah dan memperkenalkannya kepada setiap muslim supaya memahaminya secara betul dan tepat.

v Proses pembaikan adalah melalui tazkiyyatun nafsi (penyucian jiwa ), oleh itu ia mendorong beliau untuk mengetengahkan penulisan berbentuk spiritual yang bertujuan memperjelaskan lagi kedudukan penyucian jiwa, kaedah serta pelaksanaannya melalui ibadat, jasmani dan rohani.

v Beliau menampilkan tasawwuf yang bebas sesuai dengan perspektif Al-quran dan As-Sunnah serta pelbagai mazhab yang benar kerana ia merupakan satu-satunya orientasi dalam mengenali tasawwuf yang benar. Oleh itu, beliau menggariskan dua kewajipan terpenting dalam penulisan buku ini iaitu :-

1) Mesti menunjukkan kepada manusia perjalanan yang benar menuju Allah s.w.t.

2) Mesti membebaskan tasawwuf dari pelbagai kabus yang menyelimutinya agar orang muslim tidak jatuh dalam kejahilan yang samar.


Kesimpulannya, kitab ini menginginkan setiap muslim yang menuju Allah akan merasakan hakikat keimanan disamping memperkenalkan hakikat tasawwuf kepada umat islam agar ia tidak diperkatakan sebagai perkara yang rumit. Selamat membaca dan memiliki kitab merangkap doktor hati ini , Wallahua’lam. 


Disediakan oleh : Biro & Unit Pendidikan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir Sesi 2012/13

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL