HAMPIR 200 MERIAHKAN JAMUAN AIDILFITRI BKPPPM DAN ILMAM DI MALAYSIA



PULAU PINANG, 8 September 2013 : Hampir 200 orang hadir memeriahkan Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) di Dewan Besar Sungai Dua pada hari Jumaat, 6 September lalu. Antara yang hadir pada majlis tersebut adalah ahli BKPPPM, ILMAM, dan turut diraikan juga mahasiswa-mahasiswi dari Jordan.

Majlis yang bermula sekitar jam empat petang itu dirasmikan oleh Dato’ Haji Salleh Bin Man, Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Beliau dalam ucapannya menyeru dan mengharapkan agar graduan-graduan lepasan universiti Timur Tengah yang pulang ke tanah air supaya dapat berkhidmat untuk masyarakat di Malaysia khususnya di Pulau Pinang.

"Pulau Pinang senantiasa menanti kepulangan pelajar dari Mesir nanti untuk menumpahkan apa yang mereka pelajari di sana kerana negeri ini amat memerlukan ilmu yang ada dalam dada pelajar," jelasnya.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Haji Azman Bin Abdul Samad, Pengarah Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP), Ustaz Muhammad Luqmanul Hakim Bin Mokhtar, Timbalan Pegawai Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dan Ustaz Abdul Razib Bin Abdul Rahim, Pengerusi ILMAM Pulau Pinang. 

Selaras dengan objektif yang disasarkan, Majlis Jamuan Aidilfitri diadakan adalah untuk mengumpul semua mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar di Malaysia di samping mengeratkan ukhwah antara mereka.

Alhamdulillah program yang direncanakan bersama ini dapat mencapai hadaf yang diinginkan. Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak juga amat dihargai bagi sama-sama menjayakan program yang diatur untuk ahli BKPPPM pada kali ini. 

Disediakan oleh : Setiausaha Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran BKPPPM dan ILMAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL