Al-Azhar Menara Ilmu Sepanjang Zaman

Al-Azhar telah menghasilkan ribuan ulama yang terkenal selama hampir lebih seribu tahun. Saban tahun, Al- Azhar tetap menjadi pusat kepada pemeliharaan ilmu turathi dan muasoroh yang menjadi warisan Islam bahkan mengukuhkan lagi identiti agamaIslam. Pusat pengajian terkemuka dunia ini juga diiktiraf sebagai kiblat keilmuan Islam, dan gudang segala macam jenis ilmu,merangkumi pelbagai jenis dimensi samada hukum-hakam Islam, sosial, ekonomi dan politik. Al-Azhar juga menjadi benteng keilmuan Islam, tempat para pemuda dari segenap bangsa penjuru dunia untuk menuntut ilmu.Ketika imperialis cuba untuk meluaskan kuasa mereka ke benua Afrika, terutamanya negara Mesir, dapat disaksikan bahawaantara golongan yang berkobar melawan para imperialis ini terdiri dalam kalangan ulamak Al-Azhar. Begitu juga dengan negara-negara luar, keadaan yang sama mereka hadapi ketika mana negara dijajah, ulamak mendominasi barisan hadapan menentangpenjajahan. Al-Azhar merupakan universiti yang ...