Pelajar Baru Digalakkan Datang Awal Ke Mesir Untuk Imtihan Qabul Kedua


KAHERAH -- Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru 2012 (USMB '12) sebagai sebuah jawatankuasa khas di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menggalakkan kepada pelajar-pelajar baru yang akan menyambung pengajian ke Mesir untuk hadir pada waktu yang lebih awal bagi menyambung pengajian di Mesir.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan pada beberapa hari yang lalu, para pelajar yang gagal imtihan qabul (IQ) boleh memilih sama ada ingin mengambil Markaz Bahasa di Malaysia atau di Mesir.

Bagi pelajar-pelajar yang memilih untuk mengambil Markaz Bahasa di Mesir, mereka diberikan peluang sekali lagi sama ada untuk mengambil imtihan qabul kali kedua di Mesir atau terus memasuki Markaz Bahasa mengikut tahap (mustawa) berdasarkan keputusan imtihan qabul kali pertama yang diduduki di Malaysia baru-baru ini.

Bagi yang mengambil imtihan qabul kali kedua di Mesir, hasil keputusan tersebut akan digunakan bagi menentukan tahap (mustawa) pengajian untuk memasuki Markaz Bahasa Al-azhar.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada pihak pentadabiran Markaz Bahasa, imtihan qabul kali kedua akan diadakan dua kali, iaitu pada awal dan sekitar akhir September. Walau bagaimanpun, pihak Markaz Bahasa masih belum menetapkan kedua-dua tarikh tarikh imtihan qabul tersebut.

Para pelajar yang akan menyambung pengajian di Mesir sama ada yang lulus ataupun tidak digalakkan untuk hadir selewat-lewatnya pada pertengahan September 2012 bagi membolehkan para pelajar mengambil semula imtihan qabul di Mesir dan ianya satu peluang yang baik buat pelajar-pelajar baru. Kehadiran pelajar pada waktu yang lebih awal juga akan mengurangkan risiko sebarang permasalahan yang tidak dijangka.

Seluruh pelajar luar negara (wafidin) dibenarkan untuk mengambil imtihan qabul kali kedua yang akan dikelolakan oleh pihak Markaz Bahasa Al-azhar.

Pihak USMB melampirkan direktori perhubungan pengarah-pengarah USMB PMRAM Cawangan bagi memudahkan para pelajar baru untuk menghubungi pihak pengurusan USMB sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, atau masalah yang boleh kami bantu.



Para pelajar yang akan hadir menyambung pengajian di Mesir boleh menghubungi (sebagaimana lampiran dibawah) pengarah USMB negeri masing-masing atau pengarah USMB PMRAM Cawangan Shoubra dan Mansorah bagi pelajar-pelajar Qiraat sekiranya terdapat sebarang kekeliruan atau pertanyaan.

"Meribat Kesatuan Memacu Keilmuan"

Abdul Hadi Bin Jusoh
Pengarah,
Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru 2012 (USMB '12)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL