Pendidik Penyambung Risalah Nabawiyyah

Untuk Mu Guru
 Institusi pendidikan merupakan institusi sosial yang berperanan mengurus dan mentadbir pendidikan secara sistematik. Sejarah melakarkan bahawa Tamadun Arab dan India melahirkan banyak institusi pendidikan yang berobjektifkan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang syaksiah seiring dengan kecemerlangan akademik.

Golongan pendidik yang berilmu tinggi mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud : "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang yang beriman dikalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu beberapa darjat”.

Apabila seorang pendidik melaksanakan kewajipannya mendidik para pelajar dengan mengikhlaskan amal baktinya hanya untuk Allah SWT serta membentuk mereka dengan acuan Islam maka mereka akan menikmati kebahagiaan di dunia mahupun akhirat kelak. Di samping itu, mereka mampu mengubah lanskap sesebuah negara sehinggakan berupaya melonjakkan transformasi kehidupan masyrakat.

Peranan pendidik cukup besar dalam membentuk nilai murni manusia sebagaimana sebuah ungkapan pantun yang dimangsikan oleh seorang sasterawan negara :

Imam Syafie di dalam kalamnya yang masyhur telah mewasiatkan kepada generasi mutakhir ini : “Wahai saudaraku! Syarat untuk mendapat ilmu ada 6 iaitu kecerdasan, keazaman yang kuat, bersungguh-sungguh, menyediakan bekal yang cukup, berguru dan tempoh masa yang lama”. Peranan guru merupakan syarat utama dalam memperolehi ilmu malah sebagai momentum ke arah pembangunan negara yang dinamik.

Ketahuilah bahawa golongan menuntut ilmu ini terbahagi kepada 3 golongan:

Golongan pertama : Orang yang mencari ilmu semata-mata sebagai bekalan pulang ke hari Akhirat. Niatnya hanya untuk mencapai keredhaan Allah dan kepuasan hari akhirat.

Golongan kedua : Orang yang mencari ilmu untuk persiapan menghadapi kehidupannya dalam dunia yang fana’ ini di samping ingin mencapai kemuliaan pengaruh serta kemegahan.

Golongan ketiga : Orang yang mencari ilmu kerana dipengaruhi oleh syaitan dan mempergunakan ilmunya sebagai alat untuk tujuan menambah kezaliman malah menyombongkan dri dengan meyangka bahawa dialah yang paling hebat.

Hakikatnya, ilmu bermanfaat adalah yang mampu menunjukan ke arah kebaikan, dan bukan menyimpang dari landasan syariat. Ilmu adalah cahaya yang menyinari kehidupan seseorang malah mengeluarkan dari kegelapan kejahilan kepada sinar mentari yang berkilauan mewarnai aqidah, ibadah, dan akhlak mengikut lunas-lunas Islam.

Akhir kata, bersempena dengan Sambutan Hari Guru 2012, bertemakan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”, barisan kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru buat seluruh tenaga pendidik tanah air khususnya. Semoga curahan bakti para guru dalam mendidik anak bangsa dinilai disisi Allah SWT sebagai suatu amalan kebaikan.


Saudari Mardhiah Bt Nordin,
Ketua Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa,
Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI), Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012

Sumber : HEWI PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL