KUMPULAN REVULOSI MENYERU PROTES BESAR-BESARAN JUMAAT INI

TAHRIR - 19 kumpulan politik dan beberapa aktivis politik menyeru rakyat Mesir untuk datang menghadiri perhimpunan demonstrasi besar-besaran di Dataran Tahrir pada Jumaat ini di bawah slogan "wanita bebas Mesir - kembalikan kehormatan."

Aktivis menggesa rakyat Mesir melakukan bantahan sebagai tindak balas kepada kekerasan yang dilakukan tentera terhadap penunjuk perasaan wanita.

Kebanyakan rakyat Mesir marah apabila menyaksikan satu klip video yang disiarkan oleh agensi-agensi berita dan laman web, yang menunjukkan anggota tentera mengheret seorang wanita secara beramai-ramai dan mengoyak baju lalu memukul wanita tersebut ketika pertempuran berlaku pada Jumaat lepas di antara penunjuk perasaan dengan pihak tentera berdekatan bangunan kabinet.

Kenyataan dari Majlis Tertinggi Angkatasn Tentera (SCAF) menegaskan bahawa mereka menafikan melakukan kekerasan, yang mana telah dipaparkan dalam video di seluruh dunia malah mereka terus mengelirukan orang awam.

Kenyataan yang sama mengatakan, peserta demonstrasi itu termasuk orang kristian dan Muslim yang berdoa dan berkabung terhadap penunjuk perasaan yang terkorban semasa pertempuran.

Kesatuan Pemuda Revolusi, Perikatan Angkatan Revolusi dan Kesatuan Belia Maspero adalah di kalangan kumpulan yang memanggil untuk membantah.

Sementara itu, Abeer Othman, seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan berkata bahawa parti tersebut belum memutuskan samada ahli-ahli wanita mereka akan mengambil bahagian dalam demonstrasi pada Jumaat nanti.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber : We Care for Islam

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA