KURSUS ADOBE PHOTOSHOP 2011 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA




KAHERAH, 19 April - Kursus Adobe anjuran Unit Penerangan dan Penerbitan di bawah Jabatan Yang Dipertua selama dua hari bermula 18-19 April 2011, hari Isnin dan selasa berjaya ditamatkan dengan jayanya dengan kehadiran yang memberangsangkan hasil gabungan pelajar baharu dan lama.

Program tersebut yang diamanahkan pengurusannya kepada saudara Muhammad khalil bin Abdullah dan saudari Zunaida bin Amir berjaya membina satu momentum baru kepada ahli unutk terus meneroka dengan mendalam dalam bidang seni komputer khususnya program Adobe Photoshop tersendiri.

Pihak Kepimpinan BKPPPM mengharapkan momentum yang dicetuskan dari ahli hasil program Kursus Adobe ini memberi impak positif kepada unit-unit dalam biro dan jabatan dalam kepimpinan BKPPPM pada sesi ini dalam menggerakkan gerak kerja yang memerlukan kemahiran seni komputer.



Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL