KETAHUI TIPS BELAJAR DI SAAT AKHIR
TIPS BELAJAR DI SAAT AKHIR Dalam kesibukan seharian dan kekangan waktu, adakalanya kita tidak sempat untuk mengulangkaji pelajaran. Sehingga apabila waktu peperiksaan hampir tiba menyebabkan kita cenderung untuk merasa stress dan berputus asa sedangkan banyak silibus yang belum dibaca. Jika begitu, jom lihat beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda. Bertenang dan jangan cemas Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang ada adalah terhad.Yakin bahawa diri anda mampu untuk menghabiskan segala bahan pelajaran yang ingin diulang kaji. Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah...