[ MINDA PIMPINAN | HAKIKAT KEMERDEKAAN DALAM ISLAM ]

[ MINDA PIMPINAN | HAKIKAT KEMERDEKAAN DALAM ISLAM ] بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين. Saban tahun, pada tanggal 31 Ogos, hari kemerdekaan negara pasti akan diingati dan dirai seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama. Namun, disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang masih belum menghentikan amukannya, kemeriahannya tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Pun demikian, ia tidak bermakna semangat patriotisme dan sambutannya tidak boleh diteruskan. Ia masih boleh dilakukan, dengan syarat sesuai dengan norma baharu kini. Definisi merdeka secara asasnya bermaksud bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan dan sebagainya. Menurut seorang tokoh Islam, Syed Muhammad Naquib al-Attas, dalam konteks Islam, kebebasan merujuk kepada ikhtiyar dan bukan hurriyyah. Ikhtiyar adalah memilih sesuatu untuk yang...