MINDA PIMPINAN | CARA ISLAM BERFIKIR

CARA ISLAM BERFIKIR بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Akal merupakan anugerah Allah yang paling besar kepada manusia. Akal yang dimiliki inilah yang membezakan kita dengan makhluk Allah yang lainnya dan sekaligus menempatkan manusia di kedudukan tertinggi di sisi Allah. Quraisy Shihab dalam bukunya, Wawasan Al - Quran , telah menukilkan bahawa akal adalah keistimewaan yang menjadikan manusia itu hebat dan ia perlu digunakan sebaiknya untuk menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah. Jelaslah bahawa akal itu simbolik kepada pentingnya seorang manusia itu menjaga cara pemikirannya dari syubhat dan fitnah dengan berfikir berlandaskan fikrah yang benar iaitu fikrah Islamiah . Frasa ‘Fikrah Islamiah’ sering didengari tetapi masih tidak difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Islam. Secara umumnya, frasa tersebut terkait dengan dua perkataan iaitu berfikir dan Islam. Tuntasnya, kita dapat simpulkan bahawa fikrah Islamiah ini memb...