LAPORAN PROGRAM CAPACITY BUILDING MAHASISWA MALAYSIA MESIR

 

WISMA PAHANG BAHARU, HAYYU SABIEK- 23 JULAI dan 24 JULAI 2022 : Program Capacity Building Mahasiswa Malaysia di Mesir yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan BKPPPM. Dengan ini, pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir berbesar hati dengan program yang diadakan dengan kerjasama daripada wakil Malaysia.

Program ini telah diadakan selama dua hari bermula 23 Julai dan 24 Julai 2022. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa Malaysia yang berada di Mesir tentang penjanaan ekonomi di Malaysia dan merapatkan lagi hubungan antara BKPPPM dengan wakil USM dan ICU.

Program ini bermula pada tanggal 23 Julai iaitu yang dimulakan dengan majlis perasmian daripada En. Muhamad Khairi bin Abdullah, pengarah Education Malaysia Egypt (EME). Kemudian diteruskan lagi dengan pengisian yang sangat menarik iaitu yang pertama Pembangunan Kepimpinan Mahasiswa Berwawasan Masa Hadapan yang disampaikan oleh YB. Mohd Yusni bin Mat Piah, pengisian yang kedua Pembangunan Lestari Mahasiswa Pulau Pinang Dalam Menuju 2030: 17 Sustainable Development Goals yang disampaikan oleh PROF. MADYA. DR Mohd Sayuti bin Hassan dan pengisian yang terakhir ialah Perancangan Pembangunan Perumahan Mampan Mahasiswa Masa Kini yang disampaikan oleh En Rosli bin Othman.

Program diteruskan pada keesokan harinya, 24 Julai dengan Ice-Breaking yang disampaikan oleh
PROF. MADYA DR Mohamad Haafiz  bin Mohamad Kassim. Dan, diteruskan lagi dengan pengisian seterusnya iaitu Memperkasa Ekonomi Mahasiswa : Isu & Cabaran yang disampaikan oleh PROF. MADYA DR Mohamad Haafiz bin Mohamad Kassim. Kemudian, diteruskan dengan Gerak Kerja Berkumpulan(GKB) tentang pengisian yang telah disampaikan. Seterusnya, akan dibentang dan dinilai oleh PROF. MADYA. DR Mohd Sayuti bin Hassan. Akhir sekali, diadakan majlis penutup yang disampaikan oleh TYT Zamani bin Ismail sebagai Duta Besar Malaysia Ke Mesir. Dengan selesainya majlis penutup tersebut, maka berakhirlah Program Capacity Building Mahasiswa Malaysia di Mesir pada kali ini.

Justeru, pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir berharap agar segala objektif, visi dan misi BKPPPM dapat direalisasikan dengan jayanya program seperti ini.

Disediakan oleh : Jabatan Setiausaha Agung BKPPPM sesi 21/22

“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan”
“Ukhuwah Berkualiti, Wehdah Dirahmati”
#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu

Comments

Azmir said…
Alhamdulillah, semoga program seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang. Terima kasih Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir dan pihak Kedutaan Besar Malaysia,Kaherah atas komitmen yang jitu dalam menjayakan program ini.

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL