LAPORAN PROGRAM CAPACITY BUILDING MAHASISWA MALAYSIA MESIR

WISMA PAHANG BAHARU, HAYYU SABIEK- 23 JULAI dan 24 JULAI 2022 : Program Capacity Building Mahasiswa Malaysia di Mesir yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan BKPPPM. Dengan ini, pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir berbesar hati dengan program yang diadakan dengan kerjasama daripada wakil Malaysia. Program ini telah diadakan selama dua hari bermula 23 Julai dan 24 Julai 2022. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa Malaysia yang berada di Mesir tentang penjanaan ekonomi di Malaysia dan merapatkan lagi hubungan antara BKPPPM dengan wakil USM dan ICU. Program ini bermula pada tanggal 23 Julai iaitu yang dimulakan dengan majlis perasmian daripada En. Muhamad Khairi bin Abdullah, pengarah Education Malaysia Egypt (EME). Kemudian diteruskan lagi dengan pengisian yang sangat menarik iaitu yang pertama Pembangunan Kepimpinan Mahasiswa Berwawasa...